Bortoleto pemandu baharu Sauber, Bottas dan Guanyu disingkirkan

Bortoleto pemandu baharu Sauber, Bottas dan Guanyu disingkirkan

Bortoleto pemandu baharu Sauber, Bottas dan Guanyu disingkirkan
BORTOLETO jadi taruhan Sauber tahun depan. FOTO Reuters

Paris: Pemandu rookie dari Brazil, Gabriel Bortoleto, akan berlumba untuk Sauber dalam Formula Satu (F1) mulai tahun depan, kata pasukan itu sambil mengesahkan pemergian Valtteri Bottas dan Zhou Guanyu.

Bortoleto, pelumba muda McLaren, akan berganding dengan Nico Hulkenberg yang lebih berpengalaman, berusia 37 tahun, pada tahun 2025.

Bortoleto yang berusia 20 tahun kini menduduki tempat teratas dalam kedudukan Formula Dua (F2).

“Ini adalah salah satu projek yang mengujakan dalam sukan permotoran, jika bukan dalam semua sukan,” kata Sauber, yang akan menjadi pasukan Audi pada 2026.

“Menyertai pasukan yang menggabungkan sejarah sukan permotoran yang kaya milik Sauber dan Audi adalah satu penghormatan sebenar.”

Bottas dan Guanyu dijangka akan meninggalkan pasukan pada penghujung musim ini selepas kedua-duanya gagal meraih sebarang mata dalam kejuaraan pemandu setakat ini.

“Selepas perbincangan terbuka dan konstruktif dengan Valtteri Bottas dan Zhou Guanyu, kami secara bersama-sama membuat keputusan bahawa syarat untuk terus bersama tidak dapat dipenuhi, jadi kami bersetuju bahawa sudah tiba masanya untuk berpisah,” kata Sauber.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua-duanya atas sumbangan yang mereka berikan kepada pasukan dalam tiga tahun terakhir.”

“Mereka menjadi lambang profesionalisme, menggunakan pengalaman dan semangat mereka untuk menyokong perkembangan kami.”

Bortoleto pemandu baharu Sauber, Bottas dan Guanyu disingkirkan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sudah Sampai Masanya Akar Umbi Bangkit Untuk Bela Najib

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker