Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
Suara rakyat adalah kuasa keramat.
Pemimpin mendapat kuasa kerana mandat yang diberikan rakyat kepada mereka.
Tanpa mandat dari rakyat, pemimpin yang berkuasa sekarang ini tidak lebih hanya seorang warga biasa yang tidak ada apa-apa.
Di dalam parti politik, kekuatan pemimpin datangnya dari suara, sokongan dan dokongan dari akar umbi.
Sekiranya pemimpin bersuara dengan sokongan padu dari akar umbi, ianya akan menjadi cukup lantang kerana suara tersebut bukanlah suara peribadi.
Tetapi suara tersebut adalah terjemahan dari jutaan suara akar umbi.
Suara inilah yang dikatakan sebagai suara rakyat adalah kuasa keramat.
Sekiranya dibantah, ianya boleh menggugat, malah mampu menumbangkan pemimpin yang sedang berkuasa.
Akar Umbi Mesti Memainkan Peranan Yang Lebih Pro Aktif
Jumlah ahli UMNO dikatakan melebihi dari 3 juta orang, satu jumlah yang bukan kecil.
Majoriti akar umbi UMNO mengeluh apabila mereka merasakan pemimpin kesayangan mereka, DS Najib terus tidak dibela dengan sistem yang ada.
Ada antara akar umbi yang secara vokal menyuarakan kemarahan dan menyalahkan kepimpinan tertinggi parti yang mereka dakwa tidak peduli dengan kezaliman ke atas DS Najib.
Sebelum membuat tuduhan melulu, cuba kita renungkan kembali, benarkah dakwaan itu.
Dalam PAU 2022, perdana menteri, Anwar Ibrahim telah dijemput dan hadir dalam persidangan tersebut.
Tentu kita masih ingat, ketika Anwar di dalam dewan, kepimpinan akar umbi telah bangkit mengangkat plakad Solidariti Bersama Bossku.
Siapakah yang merancang semua itu kalau bukan kepimpinan tertinggi parti.
Dalam isu permohonan Pengampunan Di Raja untuk DS Najib, kepimpinan telah cuba mengumpulkan sejuta tandatangan untuk merayu kepada YDP Agong.
Siapakah yang merancang semua itu kalau bukan kepimpinan tertinggi parti.
Kemudian timbul pula isu Titah Adendum Pengampunan YDP Agong kepada DS Najib.
Presiden UMNO, DS Zahid dan Naib Presiden, DS Wan Rosdy dengan beraninya memfailkan afidavit memperakui kewujudan titah tersebut.
DS Zahid adalah Timbalan Perdana Menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri.
Memfailkan afidavit tersebut telah meletakkan diri beliau dalam risiko yang sangat tinggi kerana dalam Kerajaan Perpaduan ada parti yang tidak mahu DS Najib dibebaskan.
Apakah masih tidak cukup dengan apa yang telah kepimpinan UMNO lakukan?
Masalahnya, usaha yang mereka lakukan dilihat seolah tidak mendapat sokongan padu dari akar umbi UMNO sendiri.
Berapa ramai antara akar umbi yang membuat posting dalam Facebook, Tiktok, Telegram atau Instagram mengenai keadilan untuk DS Najib?
Akar umbi mesti secara konsisten vokal perjuangkan keadilan untuk DS Najib supaya kepimpinan tidak dilihat bersendirian.
Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
Di Syorkan Untuk Anda:
- Sudah Sampai Masanya Akar Umbi Bangkit Untuk Bela Najib
- Kem Hamzah Terkulai Dalam Pemilihan BERSATU
- Demokrasi Dalam BERSATU Sudah Mati, Apakah PN Akan Di Heret Sama?
You must be logged in to post a comment.