Dorna sahkan perlumbaan terakhir MotoGP di Barcelona
Dorna sahkan perlumbaan terakhir MotoGP di Barcelona
Barcelona: Barcelona akan menjadi tuan rumah perlumbaan akhir musim MotoGP minggu depan, menggantikan Valencia yang dilanda banjir, menurut pengumuman penganjur Dorna hari ini.
“MotoGP kini boleh mengesahkan bahawa perlumbaan penutup tirai musim 2024 akan diadakan di Barcelona,” kata Dorna mengenai perlumbaan yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 November ini.
“Kami akan kembali ke Litar Barcelona-Catalunya, tempat di mana kejuaraan dunia akan diputuskan, pada tarikh asal perlumbaan musim, sebagai tanda solidariti dengan Komuniti Valencia.”
Kejuaraan musim ini akan ditentukan dalam perlumbaan terakhir, dengan pelumba Sepanyol, Jorge Martin mendahului dengan kelebihan 24 mata di hadapan juara bertahan, Francesco Bagnaia dari Itali.
Para pelumba meminta agar perlumbaan diadakan di lokasi lain selain Valencia, sebagai tanda penghormatan kepada mangsa bencana alam terbesar dalam sejarah moden Sepanyol.
Barcelona juga menjadi tuan rumah MotoGP Catalunya pada Mei lalu, di mana Bagnaia muncul sebagai pemenang, mengatasi Martin.
Dorna sahkan perlumbaan terakhir MotoGP di Barcelona
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kem Hamzah Terkulai Dalam Pemilihan BERSATU
- Demokrasi Dalam BERSATU Sudah Mati, Apakah PN Akan Di Heret Sama?
- Fahamkah Pemimpin UMNO Dengan Sindiran Najib?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib perlu jawap pertuduhan, keputusan yang sudah dijangka
- Kenapa KJ Tak Dedahkan Apa Peranan Beliau Sepanjang Menjadi Ketua Pemuda UMNO?
You must be logged in to post a comment.