[VIDEO] Kucing PKP takut dengan orang bersin

Oleh – Syeikh Baran

[VIDEO] Kucing PKP takut dengan orang bersin

Gelagat seekor kucing yang takut mendekati individu dalam keadaan bersin dikatakan masih trauma dengan kehidupan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Menerusi perkongsian pemilik kucing tersebut @KennyWoody My di TikTok, dia menunjukkan kucingnya dikenali sebagau Dadu akan mengeluarkan bunyi bising apabila tuannya bersin.

Sehubungan itu, pengguna media sosial berseloroh dan mengaitkannya sebagai ‘kucing PKP’ yang takut dijangkiti virus Covid-19.

Menjawab kepada komen tersebut, pemiliknya mengakui kemungkinan situasi itu merupakan salah satu punca kucingnya takut kepada individu yang sedang bersin kerana haiwan jagaan berkenaan lahir ketika musim PKP.

“Dadu lahir Januari 2021, memang PKP la ni,” jawabnya.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan gelagat comel kucing tersebut.

“Makna kata dia membesar dalam tahun paling seram. Covid-19 mengganas patutlah dia takut,” seloroh @MFR88.

“Sama kucing saya. Kalau bersin marah betul. Dia lahir bulan Oktober 2021,” kata @Lina_MLC.

“Patutlah dia tak suka orang bersin dekat dia. Takut jangkit Covid,” kata @Wee Isha.

Sehingga kini video tersebut meraih 119,600 tontonan dan mendapat 11,700 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker