Kedudukan dalam carta EPL tak penting ketika ini – Postecoglou
Kedudukan dalam carta EPL tak penting ketika ini – Postecoglou
London: Ketua jurulatih Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou hanya memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas yang ada dan tidak terganggu oleh kedudukan Liga Perdana ketika ini, kata beliau selepas pasukannya bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Aston Villa 4-1 awal pagi tadi.
Dua gol pada separuh masa kedua dari pemain baru Dominic Solanke dan rembatan kencang dari James Maddison membantu pasukan tuan rumah bangkit dari ketinggalan dan mengatasi Villa yang berada di tempat keenam dengan rekod tujuh kemenangan tanpa kalah dalam liga.
Spurs naik ke tangga ketujuh liga dengan 16 mata, kurang dua daripada Villa.
“Ya, mungkin, tetapi saya tidak menghabiskan banyak masa memikirkan tentangnya,” kata Postecoglou ketika ditanya sama ada peluang lebih terbuka untuk kelayakan Liga Juara-Juara musim ini.
“Bagi saya, kedudukan hanya penting pada akhir musim. Sementara kami masih dalam perlumbaan, saya tidak suka melihat kedua-duanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?
“Saya selalu memberitahu pemain: jika saya adalah kuda lumba, saya akan menjadi kuda yang memakai pelindung mata. Saya hanya fokus kepada garisan penamat.”
Masalah Spurs dalam mempertahankan gawang selepas lawan diberikan sepakan percuma berterusan apabila Morgan Rogers dari Villa menyudahkan bola dari jarak dekat selepas sepakan sudut Lucas Digne.
“Ya, lihat, kami bolos daripada sepakan percuma. Saya tahu saya seorang diri dalam hal ini tapi saya tidak menyukainya. Bagi saya… ia kelihatan seperti scrum (ragbi). Saya tidak fikir itu yang sepatutnya dalam bola sepak,” katanya.
Kedudukan dalam carta EPL tak penting ketika ini – Postecoglou
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib perlu jawap pertuduhan, keputusan yang sudah dijangka
- Kenapa KJ Tak Dedahkan Apa Peranan Beliau Sepanjang Menjadi Ketua Pemuda UMNO?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.