Pekerja ladang hilang ketika mencari kupang

Pekerja ladang hilang ketika mencari kupang

Pekerja ladang hilang ketika mencari kupang
Anggota bomba membantu mencari mangsa dalam operasi mencari dan menyelamat.

KUANTAN: Seorang pekerja ladang dilaporkan hilang ketika mencari kupang di muara Sungai Balok di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Leong Wai Seng, 57, berasal dari Kuala Kangsar, Perak pada jam 6.45 petang.

Berdasarkan laporan, mangsa tiba di muara sungai itu bersama lima yang lain termasuk majikan pada jam 6 petang.

“Majikan yang juga pengadu bersama tiga anaknya, seorang rakan warga Indonesia dan mangsa tiba untuk beriadah sebelum mangsa dikatakan turun ke muara sungai bersendirian untuk mencari kupang.

“Selepas 15 minit, pengadu mencari mangsa tetapi tidak kelihatan, lalu menyangka lelaki itu menyeberangi sungai.


“Pada jam 6.30 petang, pengadu membuat laporan polis di Balai Polis Beserah atas nasihat penduduk selepas tidak menemukan mangsa,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya ke lokasi kejadian dan mendapati usaha mencari mangsa dijalankan menggunakan dua bot nelayan.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan membabitkan pelbagai agensi menyelamat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk setempat.

“Kira-kira jam 10.30 malam tadi, operasi pencarian dihentikan dan disambung pada jam 8 pagi ini,” katanya.

Pekerja ladang hilang ketika mencari kupang

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker