Lelaki maut dibunuh, isteri mangsa antara 4 suspek ditahan

Lelaki maut dibunuh, isteri mangsa antara 4 suspek ditahan

Lelaki maut dibunuh, isteri mangsa antara 4 suspek ditahan
Lokasi kejadian mangsa dipercayai dibunuh di sebuah simpang di Batu 3, Jalan POIC, Lahad Datu. FOTO Ihsan PDRM

Lahad Datu: Polis menahan empat individu termasuk isteri mangsa bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki tempatan yang berlaku di sebuah simpang di Batu 3, Jalan POIC, di sini, pada 31 Oktober lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 12.34 tengah hari.

Katanya, laporan itu dibuat oleh seorang wanita yang mengatakan bahawa suaminya telah meninggal dunia dipercayai akibat dibunuh.

Susulan itu, katanya sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bergegas ke lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di sebuah simpang di Batu 3 Jalan POIC dan kemudian mangsa warga tempatan berusia 50 tahun dibawa ke rumahnya di Taman Fajar untuk dikebumikan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?


“Pemeriksaan lanjut ke atas mangsa mendapati terdapat kesan tikaman di dagu sebelah kanan, tetakan di belakang kepala dan dahi kiri serta lebam di dada kanan, bahagian belakang dan pinggang,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Jimmy berkata, mayat terbabit kemudian dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Lahad Datu untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.

“Sehingga kini, polis menahan dua lelaki dan wanita iaitu isteri mangsa pada hari kejadian iaitu 31 Oktober lalu dan seorang lagi suspek ditahan semalam, bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Jimmy meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dalam kes ini dan pihak polis sedang menjalankan siasatan secara terperinci dari pelbagai sudut secara telus.

“Kes ini siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Lelaki maut dibunuh, isteri mangsa antara 4 suspek ditahan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkin Sekarang Ini Ada Pemimpin UMNO Sedang Ketawa Besar

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker