Jenayah scam: Pengurus syarikat kewangan rugi RM450,000 dalam tempoh dua bulan

Jenayah scam: Pengurus syarikat kewangan rugi RM450,000 dalam tempoh dua bulan

Jenayah scam: Pengurus syarikat kewangan rugi RM450,000 dalam tempoh dua bulan

KUALA LUMPUR: Pengurus syarikat kewaangan rugi lebih RM450,000 dalam tempoh dua bulan akibat sindiket jenayah scam selepas menyertai kumpulan pelaburan melalui platform Facebook.

Mangsa, Ken Wong, 40 (bukan nama sebenar), berkata dalam tempoh itu, beliau melakukan 23 transaksi kepada dua syarikat gergasi sendirian berhad.

Katanya, walaupun bekerja dalam bidang kewangan, modus operandi licik syarikat terbabit yang menggunakan platform pelaburan global yang kebiasaannya boleh dipercayai, seperti aplikasi ‘Google Play Store’ menyebabkan dia terpedaya.

“Saya lihat iklan kumpulan pelaburan ‘scam’ ini melalui Facebook dan kemudian dijemput menyertai kumpulan Whatsapp mereka dengan tawaran termasuk diberikan kelas untuk belajar pelaburan percuma, lima hari seminggu.

“Pada mulanya, saya agak ragu-ragu tetapi mereka bijak memanipulasi dengan memasukkan saya ke dalam ‘kumpulan Whatsapp’ yang ada ratusan ahli. Sebahagian daripada mereka (dalam kumpulan Whatsapp) itu tak nampak seperti satu penipuan, seperti ‘group’ biasa dengan ada antara mereka yang meletakkan gambar profil.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?


“Mereka turut berkongsi tips pelaburan saham yang didakwa menguntungkan, jika anda mengikutinya,” katanya pada sidang media anjuran Pertubuhan Kebajikan Integriti Persahabatan Nasional (PKIPN) di Puchong, hari ini.

Yang turut hadir, Pengasas Pertubuhan Kebajikan Integriti Persahabatan Nasional (PKIPN), Joseph Prakash.

Dalam sidang media itu, kira-kira 10 mangsa pelaburan berusia sekitar 40 hingga 60 tahun tampil susulan ditipu sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang menggunakan akaun syarikat sendirian berhad berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai orang tengah bagi melakukan transaksi.

Ken turut berkata, beliau mula sedar terpedaya selepas diminta membuat transaksi bernilai RM1.7 juta bagi mengelakkan semua dana pelaburannya dibekukan.

“Susulan daripada itu, saya membuat laporan polis pada 1 Ogos lalu kerana sedar sudah ditipu. Selain itu saya turut mengemukakan laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), badan bukan kerajaan (NGO) dan SSM, tetapi sampai sekarang masih tak ada sebarang tindakan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Takut Najib kembali popular antara punca “mohon maaf” ditolak


“Malah, apa yang boleh dipersoalkan, bagaimana syarikat sendirian berhad yang berdaftar dengan SSM boleh menjadi akaun keldai dan kenapa sampai sekarang tak dapat kesan individu atau kumpulan scam ini?,” katanya.Sementara itu, Joseph meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera, memandangkan makin banyak penipuan khususnya pelaburan dalam talian berleluasa dengan membabitkan kerugian jutaan ringgit.

“Ini bukan kali pertama kami bantu mangsa scam, namun kebanyakannya bukan sahaja wang mereka tak dapat dikembalikan tetapi penjenayah scam ini pun tak dapat dikesan.

“Mereka ini buat scam pelaburan melalui platform media sosial yang digunakan ramai orang dan menggunakan akaun syarikat termasuk sendirian berhad yang berdaftar dengan SSM.

“Apa yang mengecewakan, laporan polis sudah dibuat, begitu juga mangsa sudah kemukakan aduan kepada MCMC, SSM dan Bank Negara Malaysia (BNM), tak ada langsung tindakan dibuat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta tindakan lebih agresif daripada pihak berkuasa untuk menyelesaikannya segera bagi mengelakkan scammer pelaburan terus berleluasa.

Jenayah scam: Pengurus syarikat kewangan rugi RM450,000 dalam tempoh dua bulan

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker