Wanita dihanyutkan arus deras kepala air di Sungai Sedim ditemukan lemas
Wanita dihanyutkan arus deras kepala air di Sungai Sedim ditemukan lemas
KULIM: Wanita yang dihanyutkan arus deras akibat kepala air di Sungai Sedim, di sini hari ini ditemukan lemas.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan, berkata mangsa ditemui orang awam bersama anggota bomba sewaktu pencarian di sepanjang tebing sungai itu pada jam 5.50 petang tadi.
Beliau berkata, mangsa, A Kasthuri, 41, ditemui di kawasan Lubuk Buluh iaitu kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan arus deras dipercayqi kepala air di Taman Eco Rimba, Sungai Sedim, di sini hari ini.
Mangsa dipercayai bersama keluarga sedang berkelah dan riadah sempena cuti Deepavali sebelum secara tiba-tiba muncul kepala air dan mangsa tidak sempat menyelamatkan diri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib perlu jawap pertuduhan, keputusan yang sudah dijangka
- Kenapa KJ Tak Dedahkan Apa Peranan Beliau Sepanjang Menjadi Ketua Pemuda UMNO?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.