5 pemancing, 3 kru ditemui selamat selepas dua hari bot hanyut

5 pemancing, 3 kru ditemui selamat selepas dua hari bot hanyut

5 pemancing, 3 kru ditemui selamat selepas dua hari bot hanyut
Lima pemancing dan tiga kru bot ditemui selamat selepas dua hari hanyut di laut. – Foto ihsan PDRM

KUCHING: Lima pemancing dan tiga kru ditemukan selamat selepas bot mereka dilaporkan hilang di perairan Kuching sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata bot berjaya dikesan tengah hari tadi sebelum ditunda dan tiba di jeti Semariang Batu, di sini pada jam 5.25 petang tadi.

“Pada jam 1.45 tengah hari tadi, rakan kumpulan pemancing itu berjaya menghubungi mereka.

“Bot pemancing itu kemudian berjaya ditemui di kedudukan 38 batu nautika di barat laut Belawai dan tiga kru serta lima pemancing semuanya selamat,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Mohd Farhan berkata, laporan kehilangan bot pemancing itu pada jam 3.46 petang semalam yang dibuat oleh anak seorang pemancing.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?

“Bagaimanapun, sehingga semalam mereka tidak balik dan laporan polis dibuat sebelum SAR diaktifkan membabitkan polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia,” katanya sambil memaklumkan pencarian dilakukan sehingga perairan Paloh di Belawai dalam Bahagian Mukah.

Menurutnya lagi, bot berkenaan mengalami masalah enjin ketika mereka dalam perjalanan balik pada 31 Oktober menyebabkannya hanyut di laut.

Mangsa dikenal pasti sebagai Husin Ayub, 67; Samarin Sharkawi, 33; Mohamad Haikal Sharkawi, 17; Mohd Azizi Hamzi,17; Dahlan Ramli, 41; Hasrin Ismail,53; Johari Bujang,51 dan Abdullah Ajek, 56.

5 pemancing, 3 kru ditemui selamat selepas dua hari bot hanyut


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkin Sekarang Ini Ada Pemimpin UMNO Sedang Ketawa Besar


 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker