Remaja perempuan maut motosikal langgar kereta buat pusingan U

Remaja perempuan maut motosikal langgar kereta buat pusingan U

Remaja perempuan maut motosikal langgar kereta buat pusingan U
Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari rumah di Seremban Jaya ke Tampin ketika nahas.

REMBAU: Remaja perempuan maut selepas motosikal ditunggang merempuh kereta membuat pusingan U secara mengejut di Kilometer 32.1 Jalan Seremban-Tampin di pekan Chengkau, di sini malam tadi.

Nurul Khaiira Mohd Zamri, 17, dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Seremban Jaya, Seremban menghala ke Tampin ketika nahas kira-kira jam 8.10 malam itu.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed, berkata mangsa parah di kepala dan disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.



“Motosikal ditunggang mangsa dipercayai melanggar sisi kanan kereta dipandu lelaki berusia 27 tahun berkenaan yang tiba-tiba membuat pusingan U.

“Mayat dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Rembau bagi bedah siasat, manakala pemandu kereta tidak cedera,” katanya.

Beliau meminta saksi kejadian menyalurkan maklumat kepada polis bagi membantu siasatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Najib perlu jawap pertuduhan, keputusan yang sudah dijangka 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker