Takut Najib kembali popular antara punca “mohon maaf” ditolak

Takut Najib kembali popular antara punca “mohon maaf” ditolak

Sehingga hari ini di saat ini masih lagi ada beberapa pihak menyuarakan rasa tidak puas hati dan kerisauan tidak tentu hala apabila Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib menyatakan mohon maaf nya terhadap apa yang terjadi terhadap 1MDB.

Selain Anthony Loke , Lim Lip Eng MP DAP, dari kepong juga turut menyuarakan pandangan dan protes terhadap permohonan maaf dari DSNR.

Sebelum ini wakil dari Parti Bersatu , Parti Pejuang dan beberapa individu lain turut menyuarakan perkara sama.

Persoalan nya kenapa?

Ada yang salah faham bahawa Najib konon nya mohon maaf atas sebab perbuatan seperti didakwa pada tuduhan rekaan, sedangkan Najib sekadar mohon maaf atas apa yang berlaku kerana kesilapan ketika mengurus 1MDB.

Dari apa yang pihak portal kami dapati, kenyataan tidak terima mohon maaf dari Najib itu , punca utama sekali adalah kerana amat takut Najib akan kembali menjadi popular dan disukai rakyat.

Aura DSNR sangat tinggi ketika belum dimasukan kedalam penjara.

Kemana sahaja DSNR pergi walaupun ke gerai makan, rakyat tetap memberi sambutan yang luar biasa.

Atas sebab ini lah banyak pihak musuh tidak mahu terima mohon maaf dari DSNR.

Selain itu, kes 1MDB sudah tidak popular semenjak rakyat dapat melihat dan mendengar perbicaraan nya yang penuh kecacatan dan ketidakadilan.

Cara ia dikendalikan penuh syak wasangka dan mencurigakan.

Punca lain adalah skandal 1MDB menjadi alat politik untuk menjatuhkan Barisan Nasional, maka jika Najib sudah disucikan dari kes 1MDB , maka musuh takut Najib akan bangkit seperti Anwar Ibrahim yang berasal dari seorang banduan kemudian bangkit menjadi Perdana Menteri.

Maka, nama Najib mesti dihalang dari disucikan dan segala usaha untuk menghalang Najib dari bangkit semula mesti dilakukan.

Antara ketakutan musuh Najib jika Najib bebas adalah berkaitan 1MDB juga.

Disyaki banyak perkara tidak betul telah berlaku dalam 1MDB setelah Najib tidak berkuasa, dan jika Najib bebas mereka takut Najib akan merisik banyak perkara seperti wang pulangan 1MDB dan penyelesaian dengan Goldman Sach ketika Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri.

Ringkasan nya musuh Najib akan berusaha menghalang Najib dari disucikan atau dibebaskan.

Harus di ingat wang berkaitan TIA/1MDB banyak didapati dalam akaun akaun di Singapura atas nama kroni Tun Mahathir yang masih belum didakwa lagi.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker