Banduan berpura-pura bergaduh sebelum melarikan diri
Oleh – Syeikh Baran
Dua banduan yang dalam perjalanan untuk dihantar menjalani hukuman di penjara bertindak nekad melarikan diri selepas berpura-pura bergaduh dalam sebuah trak polis dekat Benus di sini hari ini.
Bagaimanapun tindakan dua lelaki berkenaan membawa padah apabila mereka berjaya ditahan pihak polis kira-kira tiga jam kemudian.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kedua-dua tahanan yang baru dijatuhkan hukuman kerana kesalahan penyalahgunaan dadah berkenaan melarikan ketika trak berada di Simpang Benus, kira-kira pukul 1 tengah hari.
“Mereka buat pergaduhan di dalam sel dan apabila anggota cuba meleraikan mereka terus melarikan diri.
Menurutnya suspek yang merupakan lelaki tempatan dan seorang warganegara asing itu ditahan kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian. Kes disiasat kerana melarikan diri daripada tahanan.
Sumber – KOSMO! ONLINE