Wanita maut, motosikal dilanggar kereta dipandu warga asing
Wanita maut, motosikal dilanggar kereta dipandu warga asing
JOHOR BAHRU: Seorang wanita maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh kereta dipandu warga asing di Jalan Masai Lama di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 10.30 pagi ketika mangsa dalam perjalanan menuju ke tempat kerja di Taman Desa Cemerlang, di sini.
Katanya, mangsa yang menaiki motosikal Yamaha Ego Avantiz dilanggar sebuah kereta Naza Citra dipandu lelaki warga asing.
“Sampai di lokasi kejadian, tiba-tiba mangsa dilanggar oleh sebuah kereta dari arah bertentangan yang masuk ke laluan motosikal, selepas cuba memotong kereta lain di jalan berkenaan.
“Akibat dari perlanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian anggota badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, oleh pegawai perubatan Hospital Sultan Ismail (HSI).
“Mayat mangsa dibawa ke HSI untuk dibedah siasat. Lelaki warga asing ditangkap dan hasil ujian saringan air kencing mendapatinya bebas daripada pengaruh dadah.
“Permohonan reman akan dilakukan di Mahkamah Majistret Johor Bahru,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 menyebabkan kematian kerana memandu melulu dan merbahaya.
Wanita maut, motosikal dilanggar kereta dipandu warga asing
You must be logged in to post a comment.