Bekas presiden Bolivia dakwa terselamat daripada cubaan bunuh

Bekas presiden Bolivia dakwa terselamat daripada cubaan bunuh

Bekas presiden Bolivia dakwa terselamat daripada cubaan bunuh
FOTO dikeluarkan oleh Radio Kawsachun Coca (RKC) ini menunjukkan apa yang dikatakan kesan peluru pada trak pikap di mana bekas Presiden Bolivia Evo Morales dalam perjalanan di Cochabamba, Bolivia, pada 27 Oktober 2024. FOTO AFP

Istanbul: Bekas Presiden Bolivia Evo Morales mendakwa pada Ahad bahawa beliau terselamat daripada cubaan membunuh ketika penyerang bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaannya.

Menurut Agensi Anadolu, Morales memuat naik sebuah video di media sosial yang kelihatan menunjukkan kesan tembakan pada keretanya serta seorang pemandu yang cedera.

Beliau mendakwa, empat individu bertopeng berpakaian serba hitam dan bersenjata keluar daripada dua kenderaan dan mula melepaskan tembakan awal pagi tadi.

Morales turut mendakwa insiden itu berlaku ketika beliau dalam perjalanan untuk mengendalikan program tetap hari minggunya.



Serangan yang didakwa itu berlaku di tengah-tengah ketegangan politik yang semakin memuncak di Bolivia, dengan Morales yang memimpin negara itu dari 2006 hingga 2019, menggerakkan penyokongnya selepas dihalang daripada bertanding semula dalam pilihan raya akan datang berikutan keputusan mahkamah perlembagaan.

Pihak berkuasa Bolivia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kejadian itu.

Bekas presiden Bolivia dakwa terselamat daripada cubaan bunuh


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



PPBM Parti Terpaling Demokratik Di Malaysia

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker