Dua sahabat edar dadah berdepan hukuman mati

Dua sahabat edar dadah berdepan hukuman mati

Dua sahabat edar dadah berdepan hukuman mati
Amriadi (kanan) dan Rudi didakwa di Mahkamah Majistret Tawau hari ini atas kesalahan mengedar dadah 11 Oktober lalu. – Foto NSTP/Abdul Rahemang Taiming.

TAWAU: Dua lelaki warga Indonesia berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar dadah dengan cara menyembunyikannya di dalam seluar dalam, bengkung dan kasut, minggu lalu.

Tertuduh, Amriadi, 40, dan Rudi Jalil, 39, hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan secara berasingan masing-masing di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin dan Majistret Don Stiwin Malanjum.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-kedua tertuduh kerana kesalahan itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.



Berdasarkan pertuduhan, Amriadi didakwa mengedar 1,541.43 gram dadah berbahaya iaitu methamphetamine di tempat pemeriksaan penumpang Terminal Feri Tawau, kira-kira jam 9.45 pagi, 11 Oktober lalu.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 39b(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39b(2) akta sama dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup serta minimum 12 sebatan.

Selain itu, mereka turut didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB atas kesalahan memasukkan dadah kepada diri sendiri.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden Jeffrey Kadisun dan Asisten Superintenden Nur Intan Jamrin.

Rudi diwakili peguam Jhassery P. Kang, daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) manakala Amriadi tidak diwakili peguam.



Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 21 November dan 2 Disember depan sementara menunggu keputusan laporan ujian kimia.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin pada sidang media 14 Oktober lalu dilaporkan berkata, tangkapan ke atas kedua-dua suspek itu dibuat jam 9.45 pagi, ketika hendak berlepas menaiki perkhidmatan feri di Terminal Feri Tawau di sini, untuk ke pelabuhan Nunukan, di Indonesia.

Menurutnya, suspek masing-masing menyembunyikan dadah di seluar dalam dan bengkung yang di ubahsuai selain turut di sembunyikan pada tapak kasut yang di pakai namun berjaya dikesan anggota keselamatan bertugas.

Dua lelaki warga Indonesia berdepan hukuman mati selepas didakwa

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Najib mohon maaf kerana 1MDB ketika ramai pesalah sebenar masih bebas



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker