7 dalang pembunuhan beramai-ramai ‘Tak Bai’ terlepas hukuman

7 dalang pembunuhan beramai-ramai ‘Tak Bai’ terlepas hukuman

7 dalang pembunuhan beramai-ramai 'Tak Bai' terlepas hukuman
Anggota keluarga mengadakan protes di hadapan kubur besar untuk mangsa tragedi Oktober 2004 yang dikenali sebagai ‘Pembunuhan Beramai-ramai Tak Bai’, di sebuah tanah perkuburan di wilayah Narathiwat, selatan Thailand. – Foto AFP

BANGKOK: Kesemua tujuh tertuduh dalam kes pembunuhan beramai-ramai ‘Tak Bai’ di Thailand termasuk bekas ahli Parlimen parti pemerintah, terlepas daripada hukuman apabila tempoh luput 20 tahun bagi pendakwaan di mahkamah tamat hari ini.

Berdasarkan undang-undang Thailand, kegagalan menghadapkan mereka di mahkamah di Narathiwat menjelang tarikh luput berkenaan bermakna mereka langsung tidak akan dihadapkan ke muka pengadilan dan terselamat daripada hukuman.

Di bawah kod jenayah Thailand, sekurang-kurangnya seorang daripada tertuduh mesti hadir di mahkamah untuk mengesahkan kes sebelum prosiding boleh dimulakan.



Mahkamah berkata, susulan ketidakhadiran kesemua tujuh suspek pada perbicaraan Ogos lalu, ia menjadualkan perbicaraan seterusnya pada 28 Oktober, di mana prosiding dijangka dibatalkan.

7 dalang pembunuhan beramai-ramai 'Tak Bai' terlepas hukuman
Kecederaan yang dialami Maliki Doloh, salah seorang mangsa yang terselamat, dalam tragedi Oktober 2004 yang dikenali sebagai ‘Pembunuhan Beramai-ramai Tak Bai’, di wilayah Narathiwat, selatan Thailand. – Foto AFP

Justeru, tiada siapa yang akan didakwa bagi tragedi ‘Tak Bai’ di mana 85 orang terbunuh pada 25 Oktober 2004, sekali gus membangkitkan kemarahan waris mangsa, yang berjanji akan terus berjuang demi keadilan untuk mereka yang kehilangan nyawa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sukar hapus hutang PTPN kerana banyak kekangan – Dr Akmal




 

Antara yang didakwa ialah Komander Wilayah Selatan Tentera Thailand pada masa pembunuhan itu berlaku, Pisan Wattanawongkiri, yang pada tahun lalu dipilih ke Parlimen sebagai wakil rakyat parti pemerintah, Pheu Thai.

Beliau meletak jawatan daripada parti pada Ogos lalu, menurut kenyataan parti semalam, sambil menambah bahawa beliau sedang menjalani rawatan perubatan di Britain.

 



7 dalang pembunuhan beramai-ramai 'Tak Bai' terlepas hukuman
Ahli keluarga mangsa tragedi Oktober 2004 yang dikenali sebagai ‘Pembunuhan Beramai-ramai Tak Bai’ menunaikan solat di tapak berdekatan kubur besar untuk mangsa, di Narathiwat, selatan Thailand. – Foto AFP

Tragedi 20 tahun lalu itu bermula dengan tujuh orang maut apabila pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah kumpulan yang membantah di luar balai polis di Narathiwat, salah satu wilayah majoriti Islam di selatan Thailand yang dijajah lebih seabad lalu.

Selepas itu, 78 orang mati lemas akibat sesak nafas setelah ditahan dan ditindan di atas satu sama lain di belakang trak tentera Thai, dalam keadaan tertiarap dengan tangan mereka diikat ke belakang.

Ia kekal sebagai salah satu hari paling berdarah dalam pemberontakan berdekad-dekad oleh Melayu-Islam menentang pemerintahan kerajaan Thailand, yang apinya masih membara sehingga hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ternyata Dasar BR1M Yang Di Pelopori Najib Adalah Formula Terbaik




Pada 2012, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri ketika itu, Yingluck Shinawatra, membayar pampasan sebanyak 7.5 juta baht (RM966,000) kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban. – AGENSI

Kesemua tujuh tertuduh dalam kes pembunuhan beramai-ramai

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Najib mohon maaf kerana 1MDB ketika ramai pesalah sebenar masih bebas

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker