Warga emas maut digilis lori

Oleh – Syeikh Baran

Warga emas maut digilis lori

Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditunggang bergesel dengan sebuah lori sebelum hilang kawalan lalu digilis kenderaan itu dalam kejadian di Kilometer 0.5, Jalan Bahau-Juasseh, di sini, pagi tadi.



Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.50 pagi itu, kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha Ego ditunggang warga emas berusia 72 tahun berkenaan dan lori jenis hino.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku semasa pemandu lori iaitu lelaki berusia 35 tahun dalam perjalanan dari arah Bahau menuju ke Juasseh.

“Setiba di lokasi kejadian, pemandu lori dipercayai telah memotong sebuah motosikal yang ditunggang oleh warga emas berkenaan dari arah yang sama sebelum bergesel dengan motosikal tersebut di bahagian tayar hadapan sebelah kiri lori.

“Kejadian itu menyebabkan penunggang motosikal itu terjatuh lalu digilis oleh tayar belakang lori. Akibat daripada kemalangan ini, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta badan dan disahkan telah meninggal dunia ditempat kejadian,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Ujar Chang Hook, pemandu lori tersebut telah ditahan dan permohonan reman akan dipohon di hadapan Majistret Mahkamah Bahau.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker