Hadi Dan Muhyiddin Selalu Ponteng, Wan Fahysal Tak Berangkah?

Hadi Dan Muhyiddin Selalu Ponteng, Wan Fahysal Tak Berangkah

Hadi Dan Muhyiddin Selalu Ponteng, Wan Fahysal Tak Berangkah?

 

Kita setuju, sikap ahli parlimen yang malas hadir persidangan Dewan Rakyat adalah satu sikap yang sangat dikesali.

Bagi ahli parlimen, selain dari wajib turun padang untuk melihat dan mendengar sendiri masalah rakyat, Dewan Rakyat adalah gelanggang mereka.



Di dalam Dewan Rakyat, setiap ahli parlimen akan memainkan peranan utama mereka sebagai seorang yang telah diberikan mandat.

Bagi pembangkang, di sanalah gelanggang untuk mereka berbahas bagi menjalankan fungsi semak dan imbang setiap dasar yang diperkenalkan kerajaan.

Bagi ahli parlimen kerajaan, itulah gelanggang untuk mereka mendapatkan penjelasan dari menteri supaya penerangan yang betul dapat diberikan kepada rakyat.

Lebih penting lagi, itulah gelanggang bagi ahli parlimen membawa suara rakyat yang mereka wakili.



Baru-baru ini, persidangan Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan kerana tidak cukup korum.

Dari 222 ahli parlimen, hanya 19 ahli parlimen yang ada di dalam dewan.

Untuk rekod, Mengikut Peraturan 13(1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat, kehadiran 26 orang ahli, tidak termasuk pengerusi diperlukan.

Lebih dikesali, perbahasan adalah mengenai RUU Perbekalan 2025 adalah sangat penting.



Kita memahami sekiranya ahli parlimen tersebut adalah menteri yang mungkin ada majlis rasmi untuk dihadiri.

Tetapi sekiranya ahli parlimen tersebut tidak memegang sebarang jawatan dalam kabinet, ianya sesuatu yang tidak boleh diterima.

Tetapi lebih melucukan adalah kenyataan dari ahli parlimen Machang, Wan Fahysal yang digantung keahliannya.

Beliau kononnya berang dengan keadaan itu.



Dalam sidang media, beliau mengecam sekeras-kerasnya isu ketidakhadiran wakil-wakil rakyat dalam sesi perbahasan Belanjawan 2025.

Beliau menggesa orang ramai bangkit untuk membantah keadaan tersebut.

Realitinya, antara ahli parlimen yang kerap ponteng adalah Presiden PPBM, Muhyiddin Yasin dan Presiden PAS, Hadi Awang.

Perkara ini sudah diketahui umum, jadi agak mustahil Wan Fahysal sebagai ahli parlimen tidak mengetahuinya.



Apakah beliau tidak berang dengan sikap kedua-dua bos besar Perikatan Nasional tersebut?

Tidakkah Wan Fahysal tidak mahu menggesa rakyat supaya bangkit untuk membantahnya?

 

Hadi Dan Muhyiddin Selalu Ponteng, Wan Fahysal Tak Berangkah?

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker