Penuntut UiTM rebah sebelum meninggal dunia

Oleh – Syeikh Baran

Penuntut UiTM rebah sebelum meninggal dunia

Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam rebah secara tiba-tiba sebelum disahkan meninggal dunia di sini, semalam.



Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu sekitar pukul 10.13 malam.

Katanya, mangsa merupakan lelaki berusia 20 tahun yang juga penuntut jurusan perhotelan di kampus itu.

“Kejadian dimaklumkan berlaku sekitar pukul 5 petang, waktu itu mangsa secara tiba-tiba rebah di dalam Fakulti Perhotelan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Uitm Puncak Alam,” katanya.



Jelas beliau, proses bedah siasat mangsa dilakukan di Hospital Sungai Buloh.

“Kes disklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker