Eloklah Wan Fahysal Tidak Di Benarkan Berada Dalam Dewan Rakyat

Eloklah Wan Fahysal Tidak Di Benarkan Berada Dalam Dewan Rakyat

 

Eloklah Wan Fahysal Tidak Di Benarkan Berada Dalam Dewan Rakyat

Di dalam Dewan Rakyat, pembangkang cuba mempersoalkan keputusan YDP Dewan Rakyat, Johari Abdul, tidak membenarkan Wan Fahysal berada di Galeri Awam Dewan Rakyat.

Takiyuddin Hassan dari PAS/PN membangkitkan Peraturan Mesyuarat 44 (5) ketika menyatakan bantahan tersebut.



“Berdasarkan Peraturan Mesyuarat 44 (5), jika seseorang ahli digantung, dia hendaklah keluar.”

“Dan tidak ambil bahagian dalam mesyuarat sehingga tamat tempoh penggantungan.”

“Machang sudah digantung selama enam bulan dari 18 Julai 2024 hingga 18 Januari 2025.”

“Namun dalam perenggan tiga surat yang diterima beliau beberapa hari lalu menyatakan beliau tidak dibenarkan berada dalam Dewan Rakyat.”



“Termasuk Galeri Awam dan tempat pegawai bertugas.”

“Namun masih boleh berada di perkarangan kompleks Parlimen dan mengikuti siaran langsung yang dipapar.”

“”Beliau tidak duduk di tempat beliau (sebagai Ahli Parlimen).”

“Tetapi di Galeri Awam tempat orang kampung boleh datang dari ceruk mana sekalipun duduk sini.”



“Speaker kata Machang (Wan Ahmad Fayhsal) tidak boleh duduk.”

“Sedangkan itu menunjukkan beliau Ahli Parlimen yang prihatin dan komited.”

“Dan ada perkara berkaitan rakyat parlimennya, boleh minta untuk dimasukkan dalam (perbahasan) Ahli Dewan,” katanya sebaik selesai sesi soal jawab.

Untuk rekod, ahli parlimen Machang, Wan Fahysal, di gantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat kerana cuba menipu Dewan Rakyat dengan fakta dari surat layang.



Rasanya seorang ahli Dewan Rakyat yang mempunyai kualiti seperti Wan Fahysal sememangnya layak tidak dibenarkan berada di Dewan Rakyat.

Kalau betul seperti yang Takiyuddin katakan beliau kononnya komited terhadap tanggungjawab beliau mewakili rakyat Machang, beliau seharusnya bersikap jujur.

Lagi pun sepanjang menjadi ahli Dewan Rakyat, berapa banyakkan masalah rakyat Machang yang telah beliau ketengahkan.

@acik.mantera



♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

 

Jika setakat hadir ke Dewan Rakyat untuk menipu dan tidur, lebih baik tidak perlu hadir, hanya membazirkan duit rakyat untuk bayar elaun beliau.

 



Eloklah Wan Fahysal Tidak Di Benarkan Berada Dalam Dewan Rakyat

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker