Polis rampas 214 karton arak bernilai RM98,000

Oleh – Syeikh Baran

Polis rampas 214 karton arak bernilai RM98,000

Sebanyak 214 karton minuman keras dipercayai tanpa cukai bernilai lebih RM98,000 dirampas dalam dua serbuan di Gelang Patah, di sini, minggu lalu.



Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, dua lelaki termasuk seorang warga asing berusia 31 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Dalam operasi pertama, polis menahan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima di Lebuhraya Tanjung Pelepas, Tanjung Kupang pada pukul 7.50 malam, 16 Oktober lalu.

“Pemeriksaan mendapati MPV dinaiki lelaki tempatan itu membawa minuman keras dipercayai tanpa cukai. Kita merampas 188 karton arak pelbagai jenama dan MPV yang digunakan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini hari ini.

Kumarasan memberitahu, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah dan dadah. Ujian air kencing menunjukkan suspek bebas pengaruh dadah,” katanya.

Dalam operasi kedua pula, polis merampas 26 karton arak pelbagai jenis dipercayai tiada cukai kastam di sebuah restoran di Tanjung Pelepas kira-kira 9.30 malam, 17 Oktober lalu.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker