Penduduk protes buang sampah atas kereta

Oleh – Syeikh Baran

Penduduk protes buang sampah atas kereta

Penduduk di sebuah kawasan perumahan bertindak membuang sampah di atas sebuah kereta yang diparkir di tempat pembuangan sampah sebagai protes terhadap pemiliknya yang menghalang laluan.



Menerusi sebuah perkongsian di aplikasi X, beberapa bungkus sampah diletakkan di atas cermin hadapan kereta jenis Toyota Vios itu serta satu tilam lama dibuang di atas cermin belakang.

Bukan itu sahaja, kereta itu turut dihimpit dengan dua tong sampah di bahagian depan dan satu tong sampah di bahagian belakang.

“Akibat parking di depan pondok kutipan sampah dan menghalang lori sampah mengutip sampah maka bertimbunlah sampah atas kereta,” tulis pemilik hantaran di ruangan kapsyen.

Sementara itu, pengguna media sosial berpendapat tindakan itu merupakan satu cara untuk mengajar individu tersebut untuk tidak lagi menghalang tempat pembuangan sampah.

“Cara mengajar yang berkesan, pemilik akan ingat sampai bila-bila nak parking situ lagi ke tak,” kata Zahar.



“Tempat tu memang untuk buang sampah, mungkin orang ingat kereta tu pun nak dibuang juga,” ujar Elite.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker