Jangka hayat Chris Hoy tak panjang
Jangka hayat Chris Hoy tak panjang
London: Juara berbasikal Olimpik enam kali, Chris Hoy mendedahkan beliau menghidap kanser tahap serius dan sudah dimaklumkan oleh doktor bahawa dirinya hanya mempunyai ‘dua hingga empat tahun’ untuk hidup.
Bekas pelumba trek berusia 48 tahun itu mengumumkan pada Februari lalu bahawa beliau didiagnosis dengan penyakit itu dan sedang menjalani rawatan kemoterapi, namun menegaskan rawatan itu berjalan dengan sangat baik.
Namun, kini beliau memberitahu The Sunday Times bahawa dirinya sudah mengetahui ketika itu bahawa penyakitnya adalah serius.
Ketika bertanya kepada doktor berapa lama masa yang tinggal, beliau diberitahu: “Dua hingga empat tahun.”
“Kita semua dilahirkan dan kita semua akan mati, dan ini hanyalah sebahagian daripada proses itu,” kata Hoy kepada The Sunday Times.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mat Sabu Beri Bayangan Harga Siling Beras Akan di Naikkan
- Ada Pihak Cuba Jejaki Rumah Perlindungan Kanak Kanak GISBH
“Saya sering ingatkan diri sendiri, bukankah saya bertuah kerana ada ubat yang saya boleh ambil untuk melambatkan proses ini selama mungkin.
“Tetapi sebahagian besar perjuangan saya melawan kanser bukanlah fizikal. Bagi saya, ia berada dalam fikiran saya,” katanya lagi.
Hoy menjelaskan pada mulanya beliau mengabaikan kesakitan di bahunya kerana menganggapnya sebagai kecederaan yang disebabkan oleh senaman di gim.
Namun, apabila beliau dirujuk untuk imbasan, doktor memberitahunya: “Saya benar-benar minta maaf. Ada tumor di bahu anda.”
Jangka hayat Chris Hoy tak panjang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Anwar Mesti Beri Respon Terhadap Dakwaan Shamsul
- RCI GISBH Tidak Perlu Tapi RCI Tommy Thomas Perlu
- Strategi PAS Alih Isu Raja Pasir Selangor Gagal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.