Hatrik Kane bawa Bayern ke puncak liga

Hatrik Kane bawa Bayern ke puncak liga

Hatrik Kane bawa Bayern ke puncak liga
KANE meraikan kemenangan pasukannya bersama Kim Min-jae selepas tamat perlawanan. FOTO REUTERS

Leverkusen: Hatrik separuh masa kedua oleh Harry Kane membawa Bayern Munich kembali ke puncak Bundesliga mengatasi RB Leipzig, dengan kemenangan 4-0 di tempat sendiri ke atas Stuttgart, awal pagi tadi.

Kemenangan 2-0 Leipzig ke atas Mainz sebelum ini membolehkan mereka menduduki tangga teratas, manakala Kane tampil pada perlawanan itu tanpa sebarang jaringan untuk kelab atau negara dalam empat perlawanan – kemarau gol terpanjangnya sejak berpindah ke Jerman.

Stuttgart, yang menamatkan musim lalu di tempat kedua mengatasi Bayern, berjaya menahan asakan tuan rumah untuk satu ketika tetapi akhirnya benteng dibolosi pada minit ke-57, apabila rembatan jarak jauh Kane melepasi penjaga gol, Alexander Nuebel.

Kane menambah gol kedua hanya tiga minit kemudian, dengan menggelecek bola dalam situasi kelam kabut dalam kotak penalti dan sekali lagi melepasi Nuebel untuk meletakkan Bayern lebih selesa.

Kapten England itu melengkapkan hatrik pada minit ke-80 sekali gus hatrik keenamnya bersama Bayern dan gol ke-57 untuk gergasi Jerman itu dalam semua pertandingan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Teruk Shamsul Iskandar kena hentam kerana nak jadi hero.


“Ia adalah perlawanan penting untuk kami selepas beberapa keputusan (buruk). Di sini di hadapan penyokong sendiri, kami mempamer aksi di tahap yang lebih tinggi pada separuh masa kedua.

“Inilah yang kami mahu lakukan, kami mahu membawa pasukan lawan ke tahap yang mereka tidak mampu menyaingi kami,” kata Kane kepada Sky Germany.

Jurulatih, Vincent Kompany berkata pasukannya akan meraikan seketika kejayaan itu tetapi kemudian bersiap sedia menentang Barcelona, yang dibimbing oleh bekas jurulatih Bayern, Hansi Flick.

Penyerang Perancis, Kingsley Coman, menjaringkan gol pada minit terakhir untuk melengkapkan kemenangan itu.

Bagaimanapun, Bayern menerima tamparan apabila kelab mengeluarkan kenyataan bahawa Aleksandar Pavlovic mengalami patah tulang selangka semasa perlawanan itu dengan tabloid Jerman Bild melaporkan bahawa pemain tengah itu mungkin memerlukan pembedahan.

Hatrik Kane bawa Bayern ke puncak liga

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bahaya kepada UMNO jika berkerjasama dengan PAS.

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker