Peguam gadis dera kanak-kanak kemuka representasi

Oleh – Syeikh Baran

Peguam gadis dera kanak-kanak kemuka representasi

Seorang pembantu sebuah pusat jagaan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung empat pertuduhan penderaan fizikal terhadap empat kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun.



Peguam Najib Zakaria dan Dorina Abdullah yang mewakili tertuduh Puteri Nurin Amalina Ahmad Daud, 20, memaklumkan perkara itu semasa sebutan kes di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Pada 12 September lalu, Puteri Nurin Amalina mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan penderaan fizikal terhadap empat kanak-kanak perempuan di sebuah pusat asuhan pada Ogos lalu.

Dia didakwa menekap sudu besi panas pada lengan mangsa hingga menyebabkan kecederaan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda hingga RM50,000, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

 

Timbalan Pendakwa Raya Intan Noorashikin Nasarudin pula menyatakan pihak pendakwaan membantah jaminan namun sekiranya dibenarkan, mereka mencadangkan jumlah RM20,000 bagi setiap pertuduhan.



Beliau turut memohon agar tertuduh diarahkan supaya tidak mendekati mangsa dan saksi, melaporkan diri kepada polis setiap bulan, serta sentiasa dapat dihubungi oleh pihak berkuasa.

Bagaimanapun, Najib membalas bahawa tidak ada risiko tertuduh akan menghubungi mangsa kerana mereka kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Hakim Meor Sulaiman membenarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 3 Disember untuk sebutan semula kes.

Kes ini dikaitkan dengan operasi besar-besaran bulan lalu menyaksikan ratusan kanak-kanak telah diselamatkan oleh pihak polis menerusi Ops Global dari pusat yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd.



Sumber – HARIAN METRO

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker