Anwar Mesti Beri Respon Terhadap Dakwaan Shamsul

Anwar Mesti Beri Respon Terhadap Dakwaan Shamsul

Anwar Mesti Beri Respon Terhadap Dakwaan Shamsul

 

Dakwaan Shamsul Iskandar Mohd Akin yang juga adalah Ketua Setiausaha Politik Anwar Ibrahim telah menimbulkan kemarahan pemimpin UMNO.

Pemimpin UMNO berhak untuk marah kerana dakwaan Shamsul dilihat sebagai mempersenda kredibiliti Presiden UMNO.

Parlimen Bagan Datuk adalah kubu kuat untuk UMNO dan DS Zahid.

Tetapi agak pelik, dalam kemarahan pemimpin UMNO, hanya dua tiga orang sahaja yang bersuara.

Di mana suara Timbalan Presiden, 3 orang Naib Presiden dan ahli MKT UMNO yang lain.

Yang diperlekehkan kredibilitinya adalah orang nombor satu parti.

Alasan mahu menjaga keharmonian kerjasama Kerajaan Perpaduan bukanlah alasan untuk berdiam diri.

Lebih mengejutkan lagi, Shamsul mendakwa dalam perbualan telefon tersebut, Anwar digambarkan sudah yakin kerajaan campuran akan ditubuhkan.

Shamsul mendakwa, beliau membatalkan niat kiraan semula undi parlimen Bagan Datuk dalam PRU 15 adalah atas arahan Anwar.

Untuk rekod, dalam PRU 15 Parlimen Bagan Datuk, Shamsul tewas kepada Presiden UMNO, DS Zahid dengan mejoriti 348 undi.

DS Zahid memperolehi 16,578 undi manakala Shamsul hanya mendapat 16,230 undi.

Dari parti PKR hanya Fuziah Salleh sahaja yang bersuara.

Beliau berkata, PKR menganggap kenyataan Shamsul itu tidak wajar.

Kenyataan Fuziah sebenarnya lebih mengeruhkan keadaan yang sudah sedia keruh.

Apakah secara tersirat Fuziah mahu memberitahu bahawa apa yang dikatakan Shamsul adalah benar tetapi tidak sepatutnya didedahkan kepada umum?

Kita masih menunggu respon dari Anwar sendiri kerana Shamsul adalah Ketua Setiausaha Politik beliau.

Lebih-lebih lagi, Shamsul mendakwa arahan itu datangnya dari Anwar sendiri yang tidak mahu kiraan semula diadakan.

Anwar tidak boleh berdiam diri kerana berdiam diri bukanlah pilihan yang ada untuk beliau.

Kredibiliti Kerajaan Perpaduan kini mula dipertikaikan dan maruah UMNO sudah tercalar.

Adakah hanya UMNO sahaja yang mesti menjaga hati rakan kongsi dalam Kerajaan Perpaduan.

Sedangkan parti lain dalam Kerajaan Perpaduan boleh berbuat sesuka hati terhadap UMNO?

 

Anwar Mesti Beri Respon Terhadap Dakwaan Shamsul

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker