Bukan Demokrasi Mati Tapi Perjuangan Asal PAS Yang Mati
Bukan Demokrasi Mati Tapi Perjuangan Asal PAS Yang Mati
Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, secara tiba-tiba melenting apabila mengetahui Anwar Ibrahim mengarahkan agar keputusan PRU 15 Parlimen Bagan Datuk tidak di kira semula.
Sebelum itu, Setiausaha Politik Kanan Anwar, Shamsul Iskandar Md Akin, mendedahkan perkara itu dalam satu wawancara.
Untuk rekod, dalam PRU 15 Parlimen Bagan Datuk, Shamsul tewas kepada DS Zahid Hamidi dengan majoriti 348 undi.
DS Zahid memperoleh 16,578 undi berbanding Shamsul,16,230 undi dan PN yang diwakili Dr Faiz Na’aman sekadar memperolehi 8,822 undi.
Malah Razman menuduh arahan Anwar itu sebagai bukti telah mujud konspirasi antara BN dan PH untuk membentuk kerajaan campuran.
Sangat mengejutkan apabila Razman turut menganggap Kerajaan Perpaduan yang ditubuhkan hari ini bukan atas titah YDP Agong sebagaimana yang di dakwa.
Penulis akui, sebagai orang kuat kepada Anwar, Shamsul sepatutnya tidak bertindak semborono dengan mendedahkannya kepada umum.
Pendedahan ini hanya akan menimbulkan spekulasi dan ibarat memberi peluru percuma kepada musuh.
Ia akan dilihat Shamsul seolah-oleh tidak boleh menerima hakikat kekalahan dengan memperlekehkan kemenangan DS Zahid.
Tetapi penulis tidak nampak di manakah asas dakwaan yang dibuat oleh Razman Zakaria.
Ketika Anwar memberikan arahan tersebut, peluang untuk PAS dan Perikatan Nasional menjadi kerajaan lebih terbuka.
Ini terbukti apabila, pengerusi parti yang mula-mula dipanggil mengadap adalah Anwar mewakili PH dan Muhyiddin serta Hadi yang mewakili PN.
Kalau pun sekiranya Anwar dan DS Zahid sudah ada persetujuan, ianya tidak akan berlaku sekiranya PN akur dengan titah YDP Agong.
Kerjasama BN dan PH bukanlah pilihan pertama baginda, tetapi kerjasama PH dan PN.
Hanya selepas Muhyiddin dan Hadi bersikap angkuh dan biadab terhadap YDP Agong, barulah BN berada dalam pertimbangan baginda.
Realitinya, demokrasi di negara kita tidak mati.
Tetapi kerakusan pemimpin PAS kepada kuasa yang telah menyebabkan perjuangan asal parti PAS mati.
Bukan Demokrasi Mati Tapi Perjuangan Asal PAS Yang Mati
Di Syorkan Untuk Anda:
- Lagi 2 Safehouse Milik Raja Pasir Selangor Di Serbu
- Tok Mat Hasan: Kehadiran Kapal Perang China Atas Kebenaran Kementerian Pertahanan
- GISBH Kecam Sidang Media Tun Faizal
You must be logged in to post a comment.