Tukang masak maut kereta rempuh jentolak

Oleh – Syeikh Baran

Tukang masak maut kereta rempuh jentolak

Seorang tukang masak wanita maut selepas kereta yang dia pandu merempuh sebuah jentolak dalam kejadian di Jalan Lencongan Timur, di sini hari ini.



Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, mangsa, Zuraini Murad, 48, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail memberitahu, kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dan sebuah jentolak jenis 214 Series 5.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kedua-dua kenderaan tersebut dalam perjalanan dari arah yang sama iaitu dari Taman Batik menuju ke Bukit Bayan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Perodua Axia tersebut telah melanggar bahagian belakang jentolak di lorong kanan sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya di sini hari ini.



Kata beliau, kejadian tersebut menyebabkan bahagian hadapan Perodua Axia tersebut remuk dan enjin pecah, manakala pemandunya pula mengalami kecederaan di bahagian kepala.

“Wanita terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, di sini untuk bedah siasat,”ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker