Lagi 2 Safehouse Milik Raja Pasir Selangor Di Serbu

Lagi 2 Safehouse Milik Raja Pasir Selangor Di Serbu

Lagi 2 Safehouse Milik Raja Pasir Selangor Di Serbu

 

Semalam portal ini ada terbitkan mengenai rampasan duit tunai yang bernilai lebih RM5 juta dari safehouse milik Raja Pasir Selangor.

Menurut sumber SPRM, segalanya terbongkar apabila salah seorang yang kini dalam tahanan SPRM berkaitan skandal konsesi pasir Selangor memberikan maklumat.



Dari sumber yang sama, pihak SPRM sekali lagi membuat serbuan ke atas 2 lokasi yang berbeza.

Dalam kedua-dua serbuan yang dilakukan sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor, SPRM berjaya menemui duit tunai berjumlah RM499,000.00.

Di lokasi pertama, SPRM menemui wang Singapura berjumlah SGD$74,000 @ RM243,000.

Manakala di lokasi yang kedua pula, SPRM telah menemui wang Singapura berjumlah SGD$78,000 @ RM256,000.



Ini menjadikan jumlah keseluruhan duit tunai yang dirampas SPRM kepunyaan Raja Pasir Selangor berjumlah RM5.5 juta.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, pihak beliau juga ada mendapat maklumat ada wang yang jumlahnya tidak didedahkan, dilaburkan di Singapura.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada duit rasuah tersebut telah di simpan di dalam bank sama ada di dalam atau di luar negara.

Beliau memaklumkan pihak SPRM sedang berusaha untuk menjejaki duit tersebut.



Wang itu dikatakan untuk membiayai kegiatan politik seorang pemimpin pembangkang.

Sebelum ini, SPRM menahan bekas pegawai kanan di Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Turut sama di tahan ialah ahli perniagaan yang rapat dengan seorang pemimpin politik, seorang pemandu serta pegawai syarikat penerima konsesi.

SPRM juga akan memanggil ahli politik yang dikaitkan dengan seorang daripada empat suspek selepas ini.



“Dia akan dipanggil pada satu masa yang difikirkan sesuai oleh pegawai penyiasat saya,” jelas Azam Baki.

SPRM perlu mendapatkan segala bukti-bukti yang di rasakan wajar.

Dan telah disahkan, barulah orang yang berkenaan akan dipanggil.

Kes disiasat bawah AMLATFPUA 2001 dan Akta Pencegahan Rasuah 2009.



Kepada Raja Pasir Selangor, sila duduk dalam negara dan jangan cuba lari ke luar negara.

 

Lagi 2 Safehouse Milik Raja Pasir Selangor Di Serbu

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Layari Laman Facebook:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker