Keselamatan pendaki lebih penting berbanding keuntungan – Tendi Sherpa

Keselamatan pendaki lebih penting berbanding keuntungan – Tendi Sherpa

Keselamatan pendaki lebih penting berbanding keuntungan - Tendi Sherpa
TENDI Sherpa (dua dari diri) pada sidang media bersama Rahda Krishnan (tengah), Mohd Yussainy (dua dari kanan) dan Malek (kanan) pada sidang media hari ini. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Keselamatan pendaki menjadi keutamaan berbanding keuntungan, menurut pengendali syarikat perkhidmatan jurupandu gunung, Pasang Tendi Sherpa.

Pendaki Nepal yang sudah 17 kali menawan puncak Everest itu berkata, syarikatnya telah menolak 27 pelanggan yang ingin mendaki Gunung Everest selepas membuat penilaian berkaitan latihan dan pengalaman mereka.

Beliau berkata, tindakan itu kerana mengambil kira misi utama pendaki yang tidak hanya mahu sampai ke puncak, tetapi memastikan mereka pulang dengan selamat, bersedia dan sedar cabaran yang akan ditempuhi.

“Menolak permohonan 27 pelanggan adalah kerugian besar bagi syarikat kami, tetapi keselamatan lebih diutamakan.

“Ramai orang berfikir jika mereka mempunyai banyak wang hari ini, mereka boleh merancang untuk mendaki Gunung Everest dalam tempoh beberapa bulan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lebih RM5 Juta Di Jumpai Dalam Safehouse Politikus Berpengaruh, Siapa Dia?


“Itu tidak benar kerana mendaki Gunung Everest adalah komitmen besar. Ia adalah cabaran besar dan berisiko tinggi, jika anda tidak bersedia dengan baik.

“Jadi, sangat penting bagi setiap pendaki yang ingin datang dan mendaki Gunung Everest bersedia dari segi mental, fizikal dan mereka harus mempunyai pengetahuan yang baik tentang aktiviti mendaki gunung.

“Ini kerana saya telah melihat beberapa masalah pendaki di gunung, mereka yang tidak cukup latihan,” kata pendaki berusia 41 tahun itu pada sidang media anjuran Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dengan kerjasama Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd (UFL) di Wisma UFL, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Bahagian Forest Eco-Park & Hutan Taman Negeri Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Mohd Yussainy Md Yusop; Pengarah Urusan UFL, Radha Krishnan dan Pengerusi Eksekutif UFL, Datuk Malek Nor.

Berdasarkan pengalaman, Tendi menasihati bakal pendaki supaya menjalani latihan fizikal secukupnya dan membina pengalaman mendaki, bermula dengan gunung yang rendah seperti Gunung Kinabalu di Malaysia diikuti latihan di altitud lebih tinggi seperti puncak 6,000 meter (m) di Nepal.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Paymaster Ustaz Sophian?


Beliau turut mengingatkan pendaki supaya menyertai kursus mendaki untuk mempelajari kemahiran penting seperti teknik menyelamat, pandu arah gunung dan kesedaran mengenai cuaca.

“Di Malaysia hari ini, saya diberitahu terdapat banyak aktiviti mendaki dinding dan gimnasium dalam bangunan.

“Jadi, jika anda ingin mendaki gunung pada masa hadapan, anda harus mula mendaki di lokasi ini untuk mengenali peralatan mendaki, teknik dan anda berada dalam keadaan yang baik,” katanya.

Tendi yang dilahirkan di Kampung Saisima di Nepal adalah seorang pendaki berpengalaman, mendaki sejak berusia 13 tahun dan telah menakluki lebih 20 gunung dengan ketinggian 6,000m di Banjaran Himalaya.

Sementara itu, Mohd Yussainy berkata, pihaknya menyasarkan 2,000 Malim Gunung Perhutanan (MGP) ditauliahkan menjelang 2025.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir Dakwa Putin Sahabat Baik Beliau, Kelas Gitu…


“Kita melihat keperluan meningkatkan kemahiran MGP bukan sahaja di peringkat domestik, tetapi ada satu piawaian yang kita perlu patuhi, terima kasih kepada Tendi di bawah Persatuan Jurupandu Gunung Nepal yang juga sebahagian daripada Persekutuan Jurupandu Gunung Antarabangsa untuk memberi nasihat,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah menganjurkan Forest Trail Conservation, program membersihkan laluan pendakian di beberapa gunung di Semenanjung.

“Kita mahu rakyat membantu jabatan mengekalkan laluan pendakian dalam hutan simpan.

“Hingga hari ini 18,000 penyertaan diterima pada program ini untuk memasang tali keselamatan, tangga, penanda arah dan sebagainya.

“UFL menjadi tuan rumah yang akan memulihkan laluan pendakian di Kota Damansara,” katanya.

Keselamatan pendaki lebih penting berbanding keuntungan – Tendi Sherpa

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lagi 2 Safehouse Milik Raja Pasir Selangor Di Serbu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker