Bapa kandung, ibu tiri mengaku salah dedah anak kepada kecederaan fizikal

Oleh – Syeikh Baran

Bapa kandung, ibu tiri mengaku salah dedah anak kepada kecederaan fizikal

Pasangan suami isteri yang ditahan sebelum ini kerana dipercayai mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun Khamis lalu, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Taiping di sini.



Tertuduh, Abd. Razak Harun, 48, dan Syarifah Mat Yusof, 33, sebagai ibu bapa didakwa telah mendedahkan mangsa dengan cara yang mungkin menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di Taman Permai Ladang Kalumpang, Bagan Serai di daerah Kerian pada Februari sehingga 10 Oktober 2024.

Kedua-dua tertuduh yang memahami pertuduhan kemudiannya membuat pengakuan bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ng Yan Ni tidak menawarkan jaminan kepada pasangan suami isteri itu kerana bimbang berlaku kacau ganggu terhadap mangsa yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Taiping.



Bagaimanapun, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Varpal Singh Sago dalam mitigasinya memohon agar kedua-dua tertuduh ditawarkan jaminan dalam anggaran RM5,000 seorang.

Menurut beliau, Abd. Razak yang bekerja sebagai mekanik dan isteri pula seorang suri rumah itu berpendapatan bulanan sebanyak RM2,200 dan menanggung empat orang anak.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker