Perarakan Solidariti Untuk Palestin Atau Perarakan Promosi PAS?

Perarakan Solidariti Untuk Palestin Atau Perarakan Promosi PAS

Perarakan Solidariti Untuk Palestin Atau Perarakan Promosi PAS?

 

Ribuan hadir untuk berarak di Kuala Lumpur tengah bagi menyuarakan solidariti terhadap rakyat Palestin yang berdepan kekejaman regim Zionis Israel.

Hadirin himpunan anjuran PAS dan disokong beberapa kumpulan lain ini pada mulanya berkumpul di masjid As-Syakirin KLCC.



Selepas itu, mereka mula berarak ke arah Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, yang berjarak kira-kira dua kilometer.

Turut bersama-sama mereka adalah ahli politik antaranya Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria, Tian Chua dan Mukhriz Mahathir.

Antara yang kelihatan termasuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Razman Zakaria.

Himpunan diadakan sempena genap setahun perang yang tercetus sejak 7 Oktober lalu.



Setakat ini mencatatkan lebih 42,000 korban rakyat Palestin.

Kira-kira 100 anggota polis, dilihat memantau keadaan dan mengawal jalan raya sepanjang perarakan.

Selepas berarak selama kira-kira setengah jam, orang ramai berhenti kira-kira 500 meter dari Kedutaan AS.

Mereka kemudian berhimpun di lokasi itu untuk mendengar beberapa pemimpin memberi ucapan.



Ucapan penutupan perhimpunan itu disampaikan oleh Hadi Awang.

“Kita telah pun berjaya dari awal sejak merdeka pada 1957, di mana PAS hanya ada ahli parlimen tujuh, lapan orang saja.”

“Masa itu berjaya mendesak kerajaan Malaysia jangan iktiraf negara Israel.”

“(Jadi kerajaan) tak iktiraf (Israel) sampai sekarang.”



“Dalam pasport Malaysia juga sudah ditulis bahawa rakyat negara ini tidak dibenarkan melawat Israel.”

“Itu adalah antara kejayaan yang telah dicapai.”

“Sehingga ke hari ini seluruh rakyat Malaysia tidak mengiktiraf Israel walaupun Amerika Syarikat memegang prinsip menerima Zions namun kita tak terima,” dakwa beliau.

Mengapa Mesti Di Tunggang Penderitaan Rakyat Palestin?

 



Kita menghormati, malah memuji usaha yang dilakukan untuk berhimpun bagi menunjukkan solidariti rakyat Malaysia kepada palestin.

Tetapi, mengapakah mesti diselitkan dengan ucapan yang berbaurkan politik.

Ia seoalah-olah menggambarkan cuma PAS satu-satunya parti politik selama ini yang menentang kekejaman Zionis Israel.

Dasar tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel adalah dasar yang telah dibuat kerajaan selama berdekad lamanya.



Ketika itu PAS adalah parti pembangkang yang tidak ada kaitan.

Kelihatannya, Hadi cuba menangguk di air yang keruh untuk mempromosikan PAS dan diri beliau.

Sangat menyedihkan, pihak yang beliau tunggang kali ini adalah pihak seagama yang kini sedang menderita.

Tetapi mungkin bagi PAS dan Hadi, segalanya halal, asalkan ianya memberi keuntungan politik kepada mereka.

 

Perarakan Solidariti Untuk Palestin Atau Perarakan Promosi PAS?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker