FAM tegaskan hantar skuad terbaik di Piala AFF

FAM tegaskan hantar skuad terbaik di Piala AFF

FAM tegaskan hantar skuad terbaik di Piala AFF
PENGARAH Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Scott O’ Donell. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Scott O’Donell tegaskan skuad terbaik tetap akan dihantar menyertai Piala AFF 2024 hujung tahun ini biarpun kejohanan itu dilangsungkan di luar kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa).

Untuk rekod, Piala AFF 2024 sebelum ini menjadi pertikaian kerana saingan serantau itu dijalankan di luar kalendar Fifa sekali gus kelab berhak untuk tidak melepaskan pemain untuk bersama skuad kebangsaan.

Susulan itu, banyak cadangan diberikan termasuk menghantar barisan skuad Harimau Malaya kedua ataupun pasukan bawah 23 (B-23) tahun ke saingan itu.

Begitupun, O’Donell menegaskan pasukan kebangsaan kendalian Pau Marti Vicente masih memiliki kelompok pemain yang besar untuk dipertaruhkan.

“Kita ada skuad yang besar dan ramai pemain yang terbaik dalam skuad kebangsaan ketika ini. Jadi saya yakin yang Vicente dan barisan kejurulatihannya akan memilih pemain terbaik dan boleh dipanggil untuk memberikan persembahan yang terbaik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir Dakwa Putin Sahabat Baik Beliau, Kelas Gitu…


“Ia satu pertandingan yang besar dan pemain akan memberikan persembahan 100 peratus untuk negara,” kata O’Donell ketika ditemui pada klinik bola sepak sempena Siri Jelajah Piala AFF 2024 di sini, semalam.

Pada saingan Disember ini, skuad negara kendalian Vicente diundi dalam Kumpulan A bersama juara bertahan, Thailand diikuti Singapura, Kemboja dan pemenang pusingan kelayakan antara Brunei dan Timor-Leste.

Manakala Kumpulan B pula menyaksikan Vietnam, Indonesia, Filipina, Myanmar dan Laos.

FAM tegaskan hantar skuad terbaik di Piala AFF

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa Paymaster Ustaz Sophian?

 

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker