Tuchel bakal bos baharu England?
Tuchel bakal bos baharu England?

London: Thomas Tuchel sedang dalam rundingan untuk menjadi pengurus England yang baharu, menurut laporan di Jerman.
Tuchel tidak bekerja sejak meninggalkan Bayern Munich pada akhir musim lalu tetapi dikaitkan sebagai pengganti Erik ten Hag, yang berdepan tekanan hebat di Manchester United.
Tuchel, 51, adalah pilihan utama untuk menjadi pengurus seterusnya di United sekiranya Ten Hag dipecat dan ia dibincangkan semasa mesyuarat selama selama tujuh jam antara pemilik bersama, Sir Jim Ratcliffe dan pengurusan United, baru-baru ini.
Bagaimanapun ketika pengurusan United sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan khidmatnya, Tuchel kini berkemungkinan menggantikan Gareth Southgate sebagai pengurus England.
Lee Carsley menggalas tugas sementara sebagai pengurus England sejak Southgate mengambil keputusan untuk berundur selepas kekalahan di final Euro 2024 kepada Sepanyol.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Namun, Carsley mungkin menghadapi kesukaran untuk dilantik secara kekal selepas kekalahan memalukan 1-2 kepada Greece, semalam.
Selepas kekalahan itu, Carsley nampaknya akur bahawa dia tidak akan diberi tanggungjawab penuh sebagai pengurus pasukan senior untuk tempoh yang lebih lama.
Menurut laporan media Jerman, Bild, bekas pengurus Chelsea itu sedang mengadakan rundingan untuk menjadi pengurus baharu pasukan Three Lions.
Jika dilantik, Tuchel akan menjadi pengurus ketiga bukan dari England untuk memimpin pasukan kebangsaan – dan yang pertama dari Jerman.
Lee Carsley menggalas tugas sementara sebagai pengurus England sejak Southgate mengambil keputusan untuk berundur selepas kekalahan di final Euro 2024 kepada Sepanyol.
Namun, Carsley mungkin menghadapi kesukaran untuk dilantik secara kekal selepas kekalahan memalukan 1-2 kepada Greece, semalam.
Selepas kekalahan itu, Carsley nampaknya akur bahawa dia tidak akan diberi tanggungjawab penuh sebagai pengurus pasukan senior untuk tempoh yang lebih lama.
Tuchel bakal bos baharu England?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- TMJ: Tinggalkan Johor Kalau Tak Puas Hati
- Dokumen Titah Raja yang tular tu sahih atau tidak? Peguam Najib tanya kerajaan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Siapa Paymaster Ustaz Sophian?
You must be logged in to post a comment.