Salah bantu kemenangan Mesir

Salah bantu kemenangan Mesir

Salah bantu kemenangan Mesir
SALAH menyumbang gol untuk Mesir. FOTO REUTERS

Cape Town: Mohamed Salah menyumbang satu gol untuk membantu Mesir mengekalkan rekod 100 peratus dalam kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2025 dengan kemenangan selesa 2-0 di tempat sendiri ke atas Mauritania, hari ini.

Manakala Tunisia mengalami kekalahan mengejut 0-1 di tempat sendiri kepada Comoros.

Salah menambah gol selepas jaringan pembukaan oleh Trezeguet di Kaherah ketika Mesir berhempas pulas selama hampir 70 minit sebelum berjaya meruntuhkan benteng pertahanan Mauritania, sekali gus melebarkan jurang enam mata di puncak Kumpulan C di pertengahan kempen kelayakan.



Tunisia, yang dijangka menang besar selepas memulakan kempen mereka dengan dua kemenangan, walaupun memiliki 15 percubaan gol, akhirnya tewas hasil jaringan tunggal Rafiki Said pada awal minit ke-60.

Ia adalah kekalahan pertama Tunisia di tempat sendiri dalam kelayakan Piala Negara-Negara sejak 2010, tetapi mereka masih kekal di tangga teratas Kumpulan A dengan enam mata daripada tiga perlawanan. Comoros pula berada di tempat kedua dengan lima mata.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir Dakwa Putin Sahabat Baik Beliau, Kelas Gitu…




Dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan mara ke kejohanan membabitkan 24 pasukan itu yang akan berlangsung di Maghribi tahun depan.

Nigeria pula memerlukan gol lewat untuk meraih kemenangan 1-0 di tempat sendiri menentang Libya apabila pemain tengah kelahiran Jerman, Fisayo Dele-Bashiru menjaringkan gol empat minit sebelum perlawanan tamat, menyelamatkan finalis 2023 itu daripada diikat lawan.

Ia adalah kemenangan penting bagi Nigeria yang kini mendahului Kumpulan D dan lima mata di hadapan Rwanda yang berada di tempat ketiga dengan berbaki tiga perlawanan lagi.



Salah bantu kemenangan Mesir

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa Paymaster Ustaz Sophian?



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker