Ribuan burung kakak tua ‘ceroboh’ bandar
Ribuan burung kakak tua ‘ceroboh’ bandar
Bueonos Aires: Hilario Ascasubi iaitu sebuah bandar di selatan wilayah Buenos Aires, Argentina, ‘diceroboh’ puluhan ribu burung kakak tua tebing setiap tahun yang menyebabkan kerosakan bernilai jutaan dolar.
Oddity Central melaporkan, penduduk Hilario Ascasubi ‘dikuasai’ oleh kumpulan burung kakak tua selama beberapa tahun dan ramai yang mengadu keadaan semakin buruk setiap tahun.
Populasi burung kakak tua itu semakin meningkat, begitu juga tahap kerosakan harta benda yang berlaku disebabkan haiwan itu.
Burung berkenaan gemar menggigit wayar elektrik dan Internet hingga penyedia perlu sentiasa memastikan rangkaian berfungsi.
Najis burung di kaki lima dan jalanan turut menjadi masalah besar, begitu juga dengan bunyi bising berterusan dari siang hingga malam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Keadaan itu mengundang rasa kurang senang kepada kira-kira 5,000 penduduk Hilario Ascasubi yang buntu dengan masalah itu dan mendakwa mereka tidak boleh terus hidup dengan gangguan burung.
Masalah burung kakak tua di bandar itu bukanlah sesuatu yang baru, dan pihak berkuasa berusaha untuk menanganinya, tetapi tiada yang berhasil.
Bom bunyi dan lampu laser digunakan untuk menghalau burung itu, tetapi haiwan berkenaan sudah terbiasa dan kini tidak terjejas dengannya.
Oleh kerana burung kakak tua tebing adalah spesies yang dilindungi di Argentina, langkah lebih keras untuk menanganinya adalah dilarang sama sekali, jadi penduduk tempatan tiada pilihan selain bersabar dengan gangguan haiwan itu.
Menurut laporan dari Universidad Nacional del Sur (UNS) di Bahía Blanca sekurang-kurangnya 70,000 spesis burung kakak tua tebing terdapat di Hilario Ascasubi dan apabila senja tiba, haiwan itu berkumpul di atas pokok dan tiang elektrik.
Ribuan burung kakak tua ‘ceroboh’ bandar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- TMJ: Tinggalkan Johor Kalau Tak Puas Hati
- Dokumen Titah Raja yang tular tu sahih atau tidak? Peguam Najib tanya kerajaan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.