Polis tumpas sindiket curi kereta, Geng Siva

Polis tumpas sindiket curi kereta, Geng Siva

Polis tumpas sindiket curi kereta, Geng Siva
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh. – Foto NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

JOHOR BAHRU: Polis menumpaskan sindiket curi kereta dikenali Geng Siva dengan menahan lima lelaki warga tempatan antara 6 Oktober hingga 7 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, suspek berusia antara 20-an hingga 50-an itu ditahan di kawasan Skudai dan Masai selepas pihaknya menerima laporan sebuah kereta hilang pada 23 Ogos lalu di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini.

“Kita mendapati sindiket ini beroperasi dengan terancang yang mana dua suspek berperanan untuk mencuri dan yang lain meleraikan komponen sebelum dilupuskan sebagai barangan lusuh,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.



Menurut beliau, semakan lanjut mendapati empat daripada lima suspek yang ditahan mempunyai rekod lampau bagi kesalahan dadah dan jenayah serta hasil saringan air kencing mendapati seorang suspek positif dadah.

“Semua tangkapan kini direman dua hingga tujuh hari bagi membantu polis melengkapkan siasatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir Dakwa Putin Sahabat Baik Beliau, Kelas Gitu…




“Kita juga sudah mengambil keterangan pemilik premis barangan lusuh dan pekerja yang dipercayai terbabit dalam kes ini,” jelasnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki harta curi dan Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam tubuh badan dengan sengaja.

Pada masa sama, Balveer Singh menasihatkan masyarakat supaya sentiasa memastikan kenderaan diletakkan di kawasan yang diwartakan dan terkawal.



Polis tumpas sindiket curi kereta, Geng Siva

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa Paymaster Ustaz Sophian?



 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker