Pegawai kanan polis antara tujuh ditahan kes peras ugut, cabul wanita

Pegawai kanan polis antara tujuh ditahan kes peras ugut, cabul wanita

Pegawai kanan polis antara tujuh ditahan kes peras ugut, cabul wanita
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, hadir pada sambutan Hari Sukan Negara peringkat PDRM 2024 di Dataran Perkasa IPK, Kuala Lumpur. – NSTP/AHMAD UKASYAH

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) dan enam anggota polis ditahan semalam, selepas disyaki terbabit dalam pemerasan dan cabul, 1 Oktober lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata mereka yang berusia antara 30-an hingga 50-an itu bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

Katanya, mereka ditahan susulan laporan polis yang diterima daripada seorang wanita berusia 22 tahun pada 7 Oktober lalu, mendakwa menjadi mangsa pemerasan dan cabul oleh sekumpulan anggota polis.

“Sebelum ini, kita menahan tiga lelaki tempatan berusia antara 30-an hingga 50-an dan direman tiga hari bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan.

“Siasatan lanjut membawa kepada penangkapan tujuh orang iaitu seorang pegawai kanan dan enam anggota polis berumur antara 30-an hingga 50-an yang semuanya bertugas di JSJN IPD Cheras ,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir Dakwa Putin Sahabat Baik Beliau, Kelas Gitu…


Beliau ditemui selepas program larian sempena Hari Sukan Negara 2024 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

“Semua perlu faham tindakan memerlukan semakan dan siasatan teliti.

“Siasatan perlu teliti mengapa pengadu lewat membuat laporan. Kita perlu melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) semasa kejadian dan siasatan transaksi pembayaran (pemerasan) dibuat. Perlu dilakukan mengikut asas,” katanya.

Oleh kerana pembayaran pemerasan dibuat melalui pemindahan wang secara dalam talian, beliau berkata, siasatan akan mengambil masa.

“Mereka direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota dan pegawai Kontinjen Kuala Lumpur yang terbabit dengan kes jenayah,” katanya

Terdahulu, tular hantaran di aplikasi Telegram mengenai seorang wanita mendakwa menjadi mangsa pemerasan dan cabul sekumpulan individu dalam serbuan di unit sebuah kondominium di Cheras.

Wanita itu didakwa diugut sekumpulan anggota polis yang meminta wang RM150,000 sebelum dikurangkan kepada RM90,000 selepas menemui dadah dalam pemilikannya.

Wanita itu bagaimanapun dibebaskan selepas dibantu seorang lelaki tempatan membuat pembayaran RM10,000 dan didakwa perlu membuat bayaran semula secara berkala dengan kadar faedah.

Pegawai kanan polis antara tujuh ditahan kes peras ugut, cabul wanita

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa Paymaster Ustaz Sophian?

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker