Lori ais rempuh treler, wanita maut tersepit
Lori ais rempuh treler, wanita maut tersepit
GOPENG: Wanita maut manakala suaminya cedera apabila lori ais dinaiki mereka merempuh bahagian belakang sebuah treler di Jalan Ipoh-Kampar dekat Kampung Pulai, di sini, hari ini.
Dalam kejadian itu, Suhaili Abd Razak, 28, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit, dengan diifahamkan semasa kejadian itu lori ais dinaiki pasangan terbabit berisi muatan bungkusan ais untuk diedarkan ke kedai-kedai.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng digerakkan ke lokasi sebaik panggilan diterima jam 5.15 pagi tadi.
Katanya, nahas membabitkan lori ais satu tan jenis Isuzu dinaiki wanita berusia 28 tahun itu yang didapati berada tersepit di tempat duduk kelindan, di mana suaminya yang berusia 24 tahun memandu lori itu, merempuh belakang treler.
“Kemalangan membabitkan sebuah lori ais 1 tan melanggar belakang sebuah treler jenis Volvo, menyebabkan wanita itu tersepit di bahagian kelindan lori ais dinaikinya dan disahkan meninggal di tempat kejadian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Suami mangsa yang juga pemandu lori ais itu mengalami cedera ringan manakala pemandu lori treler tidak mengalami kecederaan. Mangsa yang cedera dibawa oleh ambulans pasukan perubatan manakala mangsa yang meninggal dunia dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat dan seterusnya diserahkan kepada polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Lori ais rempuh treler, wanita maut tersepit
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- TMJ: Tinggalkan Johor Kalau Tak Puas Hati
- Dokumen Titah Raja yang tular tu sahih atau tidak? Peguam Najib tanya kerajaan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.