Gaduh dalam bas, polis tahan dua lelaki

Gaduh dalam bas, polis tahan dua lelaki

Gaduh dalam bas, polis tahan dua lelaki
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU: Polis menahan dua lelaki susulan video tular di media sosial memaparkan pergaduhan dalam sebuah bas ekspres di stesen bas dekat Larkin, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata pihaknya sebelum itu menerima video berkenaan pada kira-kira jam 9.30 pagi semalam dan mendapati pergaduhan itu membabitkan beberapa individu.

Beliau berkata, pada jam 1.03 tengah hari Rabu lalu, pihaknya menerima satu laporan dibuat seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun yang juga pemandu bas berhubung kejadian itu.



“Susulan itu, pada jam 7 petang semalam hingga jam 11.30 malam tadi, dua lelaki tempatan masing-masing berusia 36 dan 40 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dalam pergaduhan itu.

“Mereka ditahan di dua lokasi berasingan iaitu di Alor Gajah, Melaka dan Dataran Larkin di sini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Raub berkata, siasatan awal polis mendapati punca pergaduhan disebabkan mangsa bercakap kasar dengan dua suspek yang juga sepupunya.

Katanya, keadaan itu menyebabkan kedua-dua suspek yang tidak berpuas hati dengan mangsa memukulnya di lokasi kejadian.

“Hasil semakan mendapati suspek pertama mempunyai tiga rekod kes jenayah, manakala suspek kedua mempunyai satu rekod jenayah lampau.



“Saringan awal ujian air kencing yang dilakukan terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Gaduh dalam bas, polis tahan dua lelaki


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa Paymaster Ustaz Sophian?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker