Bebas ikat jamin kes amang seksual, ditahan semula kerana mengajar agama tanpa tauliah

Bebas ikat jamin kes amang seksual, ditahan semula kerana mengajar agama tanpa tauliah

Bebas ikat jamin kes amang seksual, ditahan semula kerana mengajar agama tanpa tauliah
Guru madrasah dibenarkan bon jaminan sebanyak RM2,500 di Mahkamah Syariah, di sini, hari ini. -Foto NSTP/ AHMAD HASBI.

SEREMBAN: Seorang guru madrasah yang baru selesai diikat jamin di Mahkamah Sesyen, di sini, ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), petang tadi.

Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan kira-kira jam 2 petang untuk siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana mengajar agama tanpa tauliah di sebuah madrasah di Lenggeng, Nilai.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah, berkata penahanan itu susulan tangkapan ke atas pengerusi madrasah tempat di mana suspek mengajar pada 30 September lalu.



Beliau berkata, pihaknya menahan pengerusi madrasah itu sebelum ini mengikut Seksyen 22 Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Negeri Sembilan 1996 dan Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (Pindaan 2019) kerana menguruskan sekolah tanpa kebenaran JHEAINS.

“Guru madrasah ini ditahan di Mahkamah Sesyen petang tadi sejurus dia selesai diikat jamin selepas mengaku tidak bersalah kes yang disiasat polis,” katanya ketika ditemui.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir Dakwa Putin Sahabat Baik Beliau, Kelas Gitu…




“Justeru, kita membuat permohonan bon jaminan terhadap lelaki ini di Mahkamah Syariah kira-kira jam 9 malam tadi. Permohonan dibuat di hadapan Hakim Syarie, Hamizan Mohd Nor.

“Kami mohon bon jaminan sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin warganegara yang bermastautin di Negeri Sembilan dan perlu melapor diri setiap bulan. Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM2,500 dengan dua penjamin terdiri ahli keluarga, perlu lapor diri di Pejabat Penguatkuasaan JHEAINS dan tidak mengganggu saksi.

“Tujuan bon jaminan dipohon bagi memastikan tertuduh hadir ketika prosiding pertuduhan pada 3 Disember ini dan memberikan kerjasama sepanjang siasatan dilakukan,” katanya.



Media hari ini melaporkan, seorang guru madrasah didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap penghuni madrasah itu berusia sembilan tahun, tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual bagi maksud seksual terhadap seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun di sebuah madrasah di Bandar Tasik Senangin, Lenggeng, Nilai, pada tahun lalu.

 



Bebas ikat jamin kes amang seksual, ditahan semula kerana mengajar agama tanpa tauliah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa Paymaster Ustaz Sophian?



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker