Solanke kembali dalam skuad England selepas tujuh tahun

Solanke kembali dalam skuad England selepas tujuh tahun

Solanke kembali dalam skuad England selepas tujuh tahun
SOLANKE (kanan) berlatih bersama rakan sepasukan England menjelang dua perlawanan Liga Negara-Negara. FOTO REUTERS s

Burton Upon Trent, England: Dominic Solanke meletakkan jersi England pada penampilan tunggal bersama skuad kebangsaan dalam bingkai di dinding dan selepas tujuh tahun, penyerang Tottenham Hotspur itu tidak pernah putus harapan untuk dipanggil semula.

Akhirnya, penyerang berusia 27 tahun mendapat panggilan kali kedua untuk berada dalam skuad kendalian pengurus sementara England, Lee Carsley bagi perlawanan Liga Negara-Negara menentang Greece dan Finland, sekali gus berharap akan berada lebih lama dalam pasukan.

“Sejak beberapa tahun, apabila melihat jersi di dinding itu, saya sentiasa berfikir bola akan dipanggil semula untuk mendapat lebih banyak cap untuk negara saya,” kata Solanke yang membuat penampilan tunggal bersama England dalam perlawanan persahabatan menentang Brazil pada 2017.



“Memiliki perkara seperti ittu tersangkut di dinding sudah tentu memberikan motivasi tambahan.

“Saya tidak pernah putus harapan dengan menganggap ia tidak akan berlaku,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad England di St George’s Park.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan Mahathir Dengan Muhyiddin Atau Hamzah Dengan Azmin Dalam Pemilihan PPBM




“Saya hanya perlu bermain dengan baik dan menjaringkan gol serta sentiasa percaya akan dipanggil semula dalam pasukan kebangsaan.

“Itu yang berada dalam fikiran saya. Saya gembira dipanggil semula kami ini dan berharap kekal lama dalam pasukan.”

Solanke menjaringkan tiga gol buat Spurs dalam semua kejohanan pada musim ini selepas berpindah ke kelab London itu dari Bournemouth dengan perjanjian 65 juta pound (RM3565.18 juta) pada Ogos lalu.

Selepas menjaringkan 21 gol untuk Bournemouth musim lalu, Solanke kecewa diketepikan bekas pengurus England, Gareth Southgate yang muncul naib juara Euro 2024 apabila tewas kepada Sepanyol di final dan menjadikan kekecewaan itu sebagai pembakar semangat.



“Ia sudah tentu sesuatu yang saya usahakan, tetapi masih ramai pemain bagus boleh mewakili England, yang mungkin antara pasukan terkuat di dunia.

“Saya todak mampu berada dalam pasukan dan ia sangat mengecewakan. Tetapi, itulah bola sepak.”

“Ia memang impian semua pemain untuk bermain dengan skuad kebangsaan, jadi apabila tidak dipilih, ia menambah motivasi untuk bekerja lebih keras untuk dipilih bagi kejohanan berikutnya.”

Solanke kembali dalam skuad England selepas tujuh tahun

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anwar Dan 3 Menteri Mungkin Di Heret Ke Mahkamah



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker