Rezeki ‘Fattah’, kedai ‘tinted’ kereta tawar diskaun 50 peratus!
“Laju betul dia buat bisnes”
Rezeki ‘Fattah’, kedai ‘tinted’ kereta tawar diskaun 50 peratus!
KETIKA nama pasangan sensasi Fattah Amin dan Fazura hangat diperkatakan ramai, sebuah syarikat aksesori kenderaan mengambil kesempatan dengan menawarkan diskaun sehingga 50 peratus kepada pemilik yang mahu memasang cermin gelap (tinted).
Menerusi hantaran di Facebook rasmi syarikat yang beroperasi di Jalan Reko, Kajang, Selangor itu, diskaun berkenaan diberikan kepada individu yang bernama Fattah.
Difahamkan tempoh diskaun adalah terhad sehingga akhir Oktober sahaja.
Bukan itu sahaja, syarikat berkenaan turut memberikan diskaun yang sama kepada pemilik kereta jenis Honda SM4, merujuk kepada hadiah cabutan bertuah Honda Day Malaysia 2024 yang tular di media sosial.
“Customer (pelanggan) nama Fattah dan juga siapa pengguna Honda SM4, kami nak bagi less tinted 50 peratus untuk bulan Oktober ni. Tag mereka ya,” demikian tulis pengendali akaun syarikat berkenaan di Facebook.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tanpa Isu 3R Pemimpin PAS Lesu
- Tahun Melawat Uzbekistan 2024
- Parti Bersatu akan alami “self destruction” jika Muhyiddin tidak undur.
Pertembungan Mahathir Dengan Muhyiddin Atau Hamzah Dengan Azmin Dalam Pemilihan PPBM
Menerusi hantaran yang berbeza, mereka turut memberi diskaun yang sama kepada individu yang bernama Emma.
Difahamkan pemberian diskaun itu susulan pelakon Emma Maembong mendedahkan dia sudah bercerai dengan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar.
“Nama Emma pun ada less 50 peratus untuk tinted. Jemput ya,” katanya.
Sementara itu, di ruangan komen warga maya menyatakan individu yang mempunyai nama Fattah, Emma serta pemilik kereta Honda SM4 sangat beruntung kerana diskaun yang diberikan sangat tinggi.
Nama Diana tiada ke bos? Jangan pilih kasih, saya ni comel orangnya.
WARGA MAYA
Rata-rata pengguna Facebook juga berharap diskaun yang sama diberikan kepada individu lain tanpa memilih kasih.
“Siang tadi nama Fattah dia bagi diskaun. Kemudian nama Emma pula dapat diskaun. Netizen pun tak tau nak nangis atau nak gelak, laju betul dia buat bisnes.
“Followers (pengikut) saya yang bernama Fattah dan Emma, rezeki anda dapat diskaun.
“Nama Diana tiada ke bos? Jangan pilih kasih, saya ni comel orangnya,” kata beberapa netizen.
Membalas komen berkenaan, syarikat itu memaklumkan mereka sentiasa memberi diskaun bagi nama tertentu dan orang ramai perlu sentiasa peka dengan setiap hantaran di media sosial.
Rezeki ‘Fattah’, kedai ‘tinted’ kereta tawar diskaun 50 peratus!
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Banjir Selangor: Pertelingkahan Pemimpin Tidak Akan Menyurutkan Air
- Zahid Hamidi: Berhenti Usik PH
- 30 Oktober, hari penuh debaran bagi penyokong Najib.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.