Pelancong bayar RM2,000 untuk dapat isteri sementara

Oleh – Syeikh Baran

Pelancong bayar RM2,000 untuk dapat isteri sementara

Wanita muda miskin di kawasan luar bandar Indonesia dilaporkan sanggup menjadi isteri sementara kepada pelancong asing lelaki dengan menerima hantaran perkahwinan berupa sejumlah wang tunai, demikian menurut laman berita VNExpress.

Ia memetik akhbar South China Morning Post sebagai melaporkan, trend buruk itu berlaku di kawasan pelancongan Puncak, barat Indonesia yang terkenal dengan tarikan pelancong Asia Barat.

Menurutnya, agensi tempatan mengatur perkahwinan itu antara pelancong lelaki dengan wanita tempatan.

Selepas majlis perkahwinan yang ringkas, wanita terbabit akan mengendalikan tugas rumah tangga termasuk di ranjang sebelum lelaki itu menceraikannya.

Seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Cahaya berkongsi ceritanya dengan akhbar Los Angeles Times bahawa dia telah berkahwin sekurang-kurangnya 15 kali dengan pelancong Asia Barat sejak berumur 17 tahun.

Pada kebiasaannya, dia memperoleh bayaran  antara 4.7 juta rupiah (RM1,282) hingga 7.84 juta rupiah (RM2,138) daripada setiap perkahwinan itu selepas pihak agensi membuat pemotongan. 

Dia menggunakan wang itu untuk menampung sewa dan menjaga datuk dan neneknya yang sakit.

Kini berusia 28 tahun, dia merahsiakan penglibatannya dalam perkahwinan tersebut  dengan memberitahu rakan dan keluarga bahawa dia bekerja sebagai pembantu rumah. 

Dia juga berbohong kepada teman lelakinya dan berkata: “Ini semua penyeksaan.”  – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker