Naim Daniel Hadir Dengan Band MUAH! [VIDEO]

Lancar Single ‘BBF’

Naim Daniel Hadir Dengan Band MUAH! [VIDEO]

Naim Daniel Hadir Dengan Band MUAH! [VIDEO]

Vokalis utama kumpulan ini tidak perlu diperkenalkan lagi kerana karyanya pernah meraih gelaran Anugerah Juara Lagu beberapa tahun yang lalu. Ya, Naim Daniel bukanlah nama asing dalam industri muzik tempatan, malah Naim sudah lama berkecimpung dalam dunia hiburan bermula sebagai seorang pelakon kanak-kanak hinggalah bergelar penyanyi dan pencipta lagu berbakat.

Kini beliau muncul dengan kumpulan kugirannya sendiri yang bergelar MUAH! Ia merupakan sebuah kumpulan yang berpusat di Kuala Lumpur. Menampilkan irama pop rock sebagai genre utama dalam penciptaan lagu mereka, kumpulan ini menampilkan Naim Daniel sebagai vokalis dan pemain gitar utama berserta, Zenith (gitar), Tasneem (Bass), Mairil (Deram),dan Ayai (Keyboard).



Naim Daniel Hadir Dengan Band MUAH! [VIDEO]

Dan sebagai buah tangan pertama mereka selepas bernaung di bawah Sony Music Entertainment Malaysia, kumpulan MUAH! tampil dengan lagu baharu pertama mereka yang bertajuk ‘BBF’.

Lagu BBF bertemakan masalah dalam perhubungan tentang seorang lelaki yang mempunyai kekasih namun pada masa yang sama kekasihnya itu mempunyai kawan lelaki lain yang cuba untuk menawan hatinya.



“Lirik lagu ni kami tulis dengan sangat mudah dan penggunaan bahasa dalam lagu ni pun boleh dikatakan menggunakan bahasa pasar supaya apabila pendengar mendengar lagu ni, mereka akan lebih mudah memahami serta merasa dekat dengan kehidupan mereka,” jelas mereka


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan Mahathir Dengan Muhyiddin Atau Hamzah Dengan Azmin Dalam Pemilihan PPBM

 

Saat ditanya mengenai harapan mereka terhadap lagu ini MUAH! hanya mengharapkan agar lagu BBF mendapat penerimaan dan sambutan yang baik dari para
pendengar.



“Kami juga berharap lagu ni dapat menembusi pasaran industri muzik kita dan juga luar negara,” kata mereka menutup bicara

Naim Daniel Hadir Dengan Band MUAH! [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Anwar Dan 3 Menteri Mungkin Di Heret Ke Mahkamah

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker