Jangan usik rakan-rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan

Oleh – Syeikh Baran

Jangan usik rakan-rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi peringatan kepada seluruh pimpinan dan ahli parti agar tidak mengusik rakan-rakan dalam komponen parti Kerajaan Perpaduan.



Timbalan Perdana Menteri berkata, seruan itu juga bagi mengekalkan keadaan dan situasi perpaduan dalam kerajaan ketika ini dan apa sahaja kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pimpinan parti juga adalah bersifat peribadi.

“Kenyataan Nur Jazlan atau kenyataan Dr. Akmal, itu adalah kenyataan-kenyataan peribadi. Selagi Presiden parti atau ketua parti tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, kenyataan-kenyataan itu adalah berbentuk peribadi.

“(Jadi) tidak perlu minta maaf. Jangan usik rakan-rakan komponen di dalam parti Kerajaan Perpaduan, kita harus menghormati di antara satu sama lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Rakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang meminta Pakatan Harapan (PH) memohon maaf secara terbuka kepada UMNO atas serangan selama berdekad terhadap parti itu.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker