Hujan berterusan halang penduduk Orang Asli teruskan misi cari Zuzina
Hujan berterusan halang penduduk Orang Asli teruskan misi cari Zuzina

GUA MUSANG: Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) wanita Orang Asli, Zuzina Abine, 33, dari Kampung Bering Lama, Pos Pasik, di sini, yang hilang sejak dua minggu lalu, terpaksa dihentikan susulan hujan sejak semalam.
Usaha berkenaan disertai kira-kira 30 penduduk kampung, termasuk dari kawasan berhampiran yang kini sudah pulang ke rumah masing-masing, namun bersedia untuk membantu sekiranya operasi dapat diteruskan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Pasik, Jimi Arifin, berkata hujan sejak semalam berterusan sehingga hari ini.
“Jadi SAR tidak dapat diteruskan seperti biasa kerana masalah cuaca. Penduduk dari Kampung Bering, Kampung Pasik dan Kuala Wook yang datang membantu sudah pulang ke kampung masing-masing.
“Mereka menanti makluman seterusnya sekiranya operasi dapat diteruskan. Kami tetap berharap dan berdoa mangsa dapat dijumpai dalam apa jua keadaan pun,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tanpa Isu 3R Pemimpin PAS Lesu
- Tahun Melawat Uzbekistan 2024
- Parti Bersatu akan alami “self destruction” jika Muhyiddin tidak undur.Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) wanita Orang Asli, Zuzina Abine
Pertembungan Mahathir Dengan Muhyiddin Atau Hamzah Dengan Azmin Dalam Pemilihan PPBM
Katanya, kes kehilangan wanita dari kaum Temiar itu kejadian pertama di kampung berkenaan.
“Terdapat banyak haiwan liar seperti harimau dan gajah di hutan berhampiran,” katanya.
Kelmarin, media melaporkan kehilangan Zuzina sejak lebih dua minggu lalu terus menjadi misteri susulan SAR yang dilakukan tidak menemui sebarang petunjuk hingga kini.
Penghulu Kampung Bering Lama, Anjang Ranget, 60, berkata operasi menggunakan khidmat anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum ini turut tidak menjumpai jejak Zuzina.
Walaupun operasi sudah dihentikan oleh polis dan JBPM pada minggu lalu, usaha mencari Zuzina tetap diteruskan penduduk, termasuk dari beberapa perkampungan Orang Asli berhampiran.
Hujan berterusan halang penduduk Orang Asli teruskan misi cari Zuzina
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Banjir Selangor: Pertelingkahan Pemimpin Tidak Akan Menyurutkan Air
- Zahid Hamidi: Berhenti Usik PH
- 30 Oktober, hari penuh debaran bagi penyokong Najib.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.