Gara-gara jadual padat, Konate sanggup sertai mogok

Gara-gara jadual padat, Konate sanggup sertai mogok

Gara-gara jadual padat, Konate sanggup sertai mogok
KONATE sedia sertai barisan pemain lain untuk lakukan mogok. FOTO AFP

London: Pemain pertahanan Perancis dan Liverpool, Ibrahima Konate menjadi pemain terbaru yang bersuara menentang jadual perlawanan yang padat, dengan mengatakan dia menyokong pendirian rakan-rakannya untuk mogok berkaitan isu ini.

Pemain dan pengurus telah mengkritik kalendar bola sepak musim ini, dengan pemain tengah, Manchester City, Rodri, memberi amaran bulan lalu bahawa kumpulan pemain bersedia untuk menghentikan permainan sebagai protes jika keadaan tidak bertambah baik.

Rodri mengalami kecederaan anterior cruciate ligament yang menamatkan musimnya sejurus selepas mengeluarkan komen itu sekali gus menyemarakkan lagi perdebatan mengenai jadual padat dan kesejahteraan pemain.



“Jika perkara ini berterusan dan pemain memutuskan untuk mogok, maka kita semua akan bersama-sama,” kata Konate, 25, kepada wartawan apabila ditanya sama ada dia menyokong mogok.

“Jika esok ada gerakan yang membawa usaha memahami isu ini, saya akan turut serta. Dan saya fikir semua pemain akan melakukan perkara yang sama.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan Mahathir Dengan Muhyiddin Atau Hamzah Dengan Azmin Dalam Pemilihan PPBM




Ketiga-tiga kejohanan kelab Eropah telah ditambah kepada 36 pasukan musim ini, dan kesatuan pemain bola sepak global (FIFPRO) berkata pada Julai lalu bahawa mereka akan mengemukakan aduan kepada pengawal selia antitrust EU mengenai kalendar perlawanan antarabangsa Fifa.

England mencatatkan bilangan perlawanan domestik berturut-turut tertinggi, iaitu 87 perlawanan di kalangan liga utama Eropah musim lalu, dengan kelab-kelab Liga Perdana mencatatkan purata masa proses pemulihan paling singkat.

Gara-gara jadual padat, Konate sanggup sertai mogok

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anwar Dan 3 Menteri Mungkin Di Heret Ke Mahkamah

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker