Bintang Nottingham Forest ancaman Harimau Malaya

Bintang Nottingham Forest ancaman Harimau Malaya

Bintang Nottingham Forest ancaman Harimau Malaya
AKSI Wood (kiri) berentap dengan pertahanan Chelsea Wesley di Stamford Bridge, minggu lalu. FOTO AFP

Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya jelas bakal berdepan tugas getir dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 berdepan pasukan ranking ke-95 dunia, New Zealand di Auckland, Isnin ini.

Bekas penyerang Newcastle United yang kini beraksi bersama Nottingham Forest, Chris Wood dan pemain tengah Olympiacos, Marko Stamenic dilihat menjadi ancaman terbesar buat skuad kendalian Pau Marti Vicente.

Malah, berdasarkan senarai 21 pemain yang berada dalam skuad All Whites itu turut menyaksikan beberapa bintang yang beraksi di Eropah termasuk pemain tengah Saint-Etienne, Ben Old, Tyler Bindon (Reading FC) dan Liberato Cacace (Empoli FC).

Apa yang sedikit merisaukan ketika ini adalah Harimau Malaya akan beraksi tanpa kelibat kapten yang juga tonggak pertahanan, Dion Cools yang tidak bersama skuad kerana urusan keluarga.

Situasi itu meletakkan Matthew Davies menjadi antara calon utama yang akan menggalas tugas selaku kapten untuk memimpin barisan pemain Harimau Malaya berdepan New Zealand.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan Mahathir Dengan Muhyiddin Atau Hamzah Dengan Azmin Dalam Pemilihan PPBM


Dominic Tan, Feroz Baharudin, Safwan Mazlan dan Harith Haiqal Adam Afkar pula antara pertahanan yang berpotensi menggalas peranan sebagai ‘kereta kebal’ Harimau Malaya di bahagian pertahanan tengah.

Vicente bagaimanapun dilihat tenang tanpa Cools dengan pengendali dari Sepanyol itu menjelaskan Harimau Malaya memiliki ramai pemain berkualiti yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain pertahanan Buriram United itu.

Beliau berkata, pasukannya akan cuba mendapatkan keputusan terbaik dalam aksi yang dianggap istimewa selepas 18 tahun Harimau Malaya tidak berdepan New Zealand.

“Saya fikir semua perlawanan adalah istimewa dan perlawanan ini (menentang New Zealand) juga istimewa. Negara yang sukar dan tempat yang sukar untuk beraksi.

“Jadi saya berasa kita perlu membiasakan diri menghadapi cabaran seperti ini. Kami perlu keyakinan dan juga cuba untuk mendapatkan keputusan yang terbaik,” katanya.

Kali terakhir Harimau Malaya bertemu New Zealand adalah 18 tahun lalu yang mana skuad dibimbing Norizan Bakar ketika itu tewas 0-1 dalam aksi persahabatan pertama di Christchurch pada 19 Februari 2006 dan tunduk 1-2 pada aksi persahabatan kedua di Auckland (23 Februari 2006).

Selain berdepan Malaysia di Stadium North Harbour, skuad New Zealand juga dijadual menentang Tahiti dan Vanuatu pada 11 dan 15 Oktober ini dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026.

Bintang Nottingham Forest ancaman Harimau Malaya

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anwar Dan 3 Menteri Mungkin Di Heret Ke Mahkamah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker